Friday, April 20, 2012

Selalu Kita Terlepas Pandang





                                                                                                                     (Surah Al-ankabut 29:45)

Maksudnya:

Dan sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar.

Ya. Ini yang aku ingin "highlight"kan untuk entri kali ini. Sebab bagi aku jika sempurna solat seseorang maka sempurnalah kehidupan dia sama ada didunia mahupun akhirat.Sedar atau tidak sedar sebenar dalam solat, ada terselitnya sebahagian rukun Islam.

Sebagai contoh dalam solat kita mengucap dua kalimah syahadah kan. Secara tidak langsung jikalau kita solat kita sudah memperbaharui syahadah kita. Dah sempurna sebahagian rukun Islam yang pertama.

Seterusnya dalam solat juga kita pun berpuasa. Selama aku hidup ini belum pernah aku lihat orang makan ketika solat. Kalau makan pun confirm-confirm solat dia dah terbatal secara langsungkan.

Dalam solat juga jikalau kita perhatikan secara menyeluruh kita boleh menganggap kita telahpun mengerjakan haji sebab jasad kita sahaja disini tetapi hati kita, naluri kita dan pemikiran kita, kita tujukan ke Baitullah.

Tapi apa aku senaraikan ini bukan bermaksud dengan solat sahaja sudah terlaksanalah semua rukun islam. Bukan begitu maksud ku. Tetapi apa yang aku ingin ke utarakan bahawa indahnya pensya'riatan solat itu sendiri dan mungkin ini yang terselit dalam solat.

Dengan solat juga daripada apa yang kita lihat dalam tafsir Al-Quran seperti yang tertera di atas menunjukkan juga solat mampu mengubah sikap dan personaliti seseorang. Dengan solat juga mampu membentuk seseorang menjadi budi pekerti yang mulia. Indahnya solat itu.

Barangkali jikalau setiap pencuri di muka bumi ini dipaksa solat sekhusyuk-khusyuknya pasti dia akan terjelepuk jatuh tersungkur ditanah yang mekar dan menyesal apa yang di lakukan.

Moga-moga nukilan yang tidak seberapa ini mampu menyedarkan kita bahawa kepentingan solat itu bukan hanya terlaksana tetapi menjaganya juga.

br0 J

No comments:

Post a Comment