Wednesday, July 31, 2013

4 Golongan Manusia




(وَإِذۡ تَأَذَّنَ رَبُّكُمۡ لَٮِٕن شَڪَرۡتُمۡ لَأَزِيدَنَّكُمۡ‌ۖ وَلَٮِٕن ڪَفَرۡتُمۡ إِنَّ عَذَابِى لَشَدِيدٌ۬ (٧
 Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras. Surah Al-Ibrahim (14:7)

1) Golongan Berbahagia Di Dunia Berbahagia Di Akhirat
- Sungguh beruntung orang yang sebegini rupa, yang berbahagia di dunia dan bahagia juga dia diakhirat sana. Allah kurniakan kekayaan,kesenangan dan kebahagian kepadanya tapi tidak pernah sesekali dia melakukan kemungkaran malahan dengan kekayaan dia melaburkannya untuk "dunia" di penghujung sana, diinfaqkannya dan di wakafkannya. Seperti para-para sahabat di zaman Rasullullah s.a.w iaitu Abdul Rahman bin ‘Auf yang merupakan saudagar kaya yang dijamin syurga. Beliau pernah meinfaqkan 700 kenderaan yang sarat dengan hartanya kepada penduduk bumi madinah. Tidak kurang pula Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq yang apabila ditanya oleh Rasulullah s.a.w “Wahai Abu Bakar, apa yang kamu tinggalkan untuk ahli keluarga engkau?” Abu Bakar menjawab: “Aku tinggalkan untuk mereka Allah dan Rasul-Nya.”

2) Golongan Binasa Di Dunia Berbahagia Di Akhirat
- Sungguh beruntung orang yang sebegini rupa, sekalipun dia binasa di dunia, tetapi diakhirat sana di dijanjikan ALLAH s.w.t dengan syurga. Golongan ini miskin di dunia, fakir dan kehidupannya kais pagi makan pagi kais petang makan petang dan adakala kais-kais langsung tidak mendapat apa-apa. Tetapi dengan kesusahan dan kepayahan yang ALLAH uji mereka ini, mereka ini langsung tidak terpalit di lubuk hati mereka untuk mengetepikan syariat dan titah perintah ALLAH s.w.t . Tetapi mereka mereka menggunakan kesusahan dan kepayahan yang mereka hadapi dengan mendekatkan lagi diri kepada ALLAH s.w t.  

3) Golongan Berbahagia Di Dunia Binasa Di Akhirat
- Sungguh rugi orang yang berada di golongan ini. Mereka mempunyai kekayaan,kebahagian dan kesenangan kehidupan di dunia, tapi dia semakin jauh daripada ALLAH s.w.t. Mempunyai harta, tapi hartanya dilaburkan kepada yang menggalakan manusia kepada maksiat malahan kedekut untuk menginfakkan mahupun mewakafkannya. Sibuk mendapatkan hasil didunia tetapi tidak peduli tentang hal-hal akhiratnya.

4) Golongan Binasa Di Dunia Binasa Di Akhirat
- Sangatlah rugi golongan ini, kerana umpama sudah jatuh ditimpa tangga. Langsung tidak mengambil pedoman diri untuk kehidupan di sana. Golongan ini fakir di dunia dan fakir juga diakhirat. Nauzubillah minzalik. Golongan ini fakir di dunia kerana bukan hanya fakir dengan harta, malahan mereka fakir dengan ilmu. Bukan susah untuk menuntut ilmu percuma hanya perlu korbankan masa dan tenaga untuk ke masjid dan ke surau untuk mendengar ceramah agama. Tapi langsung tidak diambil berat tentang hari dikemudiannya.


Manusia,
Engkau bernafas tanpa perlu memikirkan sumbernya,
Engkau mendengar tanpa perlu memikirkan batasannya,
Engkau melihat tanpa perlu memikirkan metodologinya,
Tapi,
Pernahkah engkau memikirkan keajaibanNYA?
Pernahkah engkau memikirkan kehebataNYA?
Pernahkah engkau memikirkan keesaanNYA?


Wednesday, June 26, 2013

Berkata-kata itu Bukan Mudah

Sesungguhnya Allah ciptakan manusia sesempurna makhluk di mana adanya:

1 pasang mata,
1 pasang telinga,
1 pasang hidung,
1 pasang tangan,
1 pasang kaki.

Tapi cuma hanya 

1 mulut SAHAJA.

Allah  ciptakan mulut hanya satu supaya manusia menggunakan dengan sebaik-baiknya. Memang benar adanya pepatah melayu yang berbunyi:

"Sebab pulut santan binasa, sebab mulut badan binasa."

Mulut adalah suatu nikmat yang besar yang ALLAH berikan kepada manusia walaupun bilangannya sedikit dari pancaindera yang lain. Tetapi manusia barangkali tidak sedar kenikmatan yang dikecapi ini mampu meyumbat diri mereka sendiri dari kufur dengan nikmat yang diberikan. Semua nikmat-nikmat ini adalah amanat ALLAH dan akan dipersoalkan pengunaannya di akhirat kelak. Kerana mulut juga pelbagai senario boleh berlaku di muka bumi ini.

Kerana mulut, anak-anak melarikan diri dari rumah dek kerana tidak tahan leteran ibu bapa.
Kerana mulut, dua orang sahabat baik bertumbuk dek kerana fitnahan orang yang ketiga.
Kerana mulut, adik-beradik putusnya pertalian dek kerana tohmahan yang diberikan satu sama lain.

Jika ingin disenaraikan satu-persatu, sehingga letihlah tangan ini menaipnya tetapi tetap tiada titik nokhtahnya. Andai berkata benar ianyatidak menjadi masalah. Andai ianya tidak benar ianya boleh menjadi fitnah. 




An-Nuur - ayat 15
"Iaitu semasa kamu bertanya atau menceritakan berita dusta itu dengan lidah kamu, dan memperkatakan dengan mulut kamu akan sesuatu yang kamu tidak mempunyai pengetahuan yang sah mengenainya; dan kamu pula menyangkanya perkara kecil, pada hal ia pada sisi hukum Allah adalah perkara yang besar dosanya."                                                          

Monday, April 1, 2013

Dimana Islamku

Pernahkah kita tanya soalan ini kepada diri kita sendiri?
Pernahkah kita mengambil 1-2 minit dalam sehari untuk memikirkan amalan kehidupan kita seharian bagaimana?
Pernahkah?

Kalau jawapannya pernah dan telah melakukannya. Alhamdulillah teruskanlah amalan ini sesungguhnya dengan berfikir tentang amalan kita kita mampu meningkatkan ketaqwaan dan kualiti amalan kita. Jikalau jawapan bagi persoalan di atas adalah tidak dan tidak pernah. Penulis ingin berkongsi dengan anda, ianya juga merupakan pengalaman penulis dalam mengembara menuju ke alam barzakh, barangkali ianya mungkin setitis air yang berwarna biru yang dititiskan di tempayan. Ada mereka yang bukan Islam menanyakan satu soalan kepada orang Islam. "Itu simbol hah...simbol apa tu?".


Orang yang beragama islam menjawabnya, "Itu ALLAH dalam tulisan jawi ataupun tulisan arab". Orang yang bukan beragama islam menanyakan kembali. "Kenapa tulisan ALLAH berubah-berubah hah, itu kejap satu batang di tengah-tengah kadang-kadang batang tu didepan, itu tuhan berubah-berubah ka...". Orang islam itu menepis soalan itu dengan menjawab "ALLAH tidak berubah tapi,.......hurm.....hurm...". Orang islam itu hanya mengaru kepala dan orang bukan beragama islam itu menunggu jawapan yang ingin di perkatakan. Secara tidak sengaja, penulis sampai di tempat perbualan mereka dan yang beragama islam meminta pertolongan. Dengan senyuman penulis menerangkan kepada yang bukan beragama islam " ALLAH tidak berubah-berubah. ALLAH dengan zatNYA. ALLAH bukannya manusia dan bukannya makhluk. ALLAH tidak sama dengan kita semua atau apa yang ada dibumi ini. Tulisan ini tidak bermakna ALLAH berubah tetapi tulisan ini menunjukkan agama Islam sukakan kecantikan. Untuk pengetahuan saudari, inilah tlisan jawi yang menggunakan khat sebagai seninya. Ada khat nasakh, khat sulus dan macam-macam lagi".

                          



Orang bukan beragama Islam itu pun berpuas hati dengan jawapan penulis dan berlalu pergi.
Penulis rasa, andai penulis tiada di situ, apakah pandangan orang bukan islam itu terhadap orang islam itu? Menanyakan tentang agama yang dianuti, tetapi tidak mampu dijawabnya walaupun telah berpuluh tahun mengamalkan agama Islam dalam seharian. Penulis tidak menyalahkan yang beragama Islam itu atas tidak menjawabnya. Barangkali dia jahil dan belum pernah mempelajarinya tapi andai kita letakkan diri kita di tempat orang yang beragama Islam, apakah jawapan yang akan kita berikan pada yang bukan beragama islam, adakah cukup ilmu kita tentang Islam? atau hanya nama kita sahaja yang dikatakan Islam akhlak dan sebagainya bukan menunjukkan seoarang yang beragama Islam.


Manusia mulia kerana islam,
Islam akan sentiasa mulia walaupun tanpa manusia.


Monday, March 25, 2013

Baru Mencari Tuhan Semasa Diduga



Dugaan.......

Inilah senario yang akan berlaku pada setiap makhluk yang bernama manusia apabila diduga, akan mencari Sang Pencipta . Barangkali inilah lumrah alam walaupun seseorang itu mengistiharkan dia atheis sekalipun akan terpancul dimulutnya ungkapan "Oh my God" kerana lumrah alam, apabila wujudnya sesuatu akan ada yang menciptanya. Memang tidak dapat disangkal lagi kehidupan didunia ini penuh dengan onak dan durinya, penuh dengan liku-liku yang tidak diduga mahupun di sangka. Tetapi ingatlah wahai makhluk yang mempunyai akal, nafsu dan pancaindera yang serba-serbi sempurna dalam penciptaan sesungguhnya tujuan kita dihidupkan adalah untuk mengabdikan diri kepadaNYA.

Kadang-kadang ada mereka yang menyalah tafsirkannya, dianggap mereka mempunyai akal, nafsu dan pancaindera ini mereka mampu melakukan segala-galanya tanpa ada batas-batas yang dihadkan. Tafsiran ini bukannya salah dan bukan pula penulis ingin mengatakan ianya betul. Tetapi penulis ingin pembaca fikir sejenak, adakah makhluk yang bernama manusia mampu menyelam seperti ikan dilaut berpuluh jam lamanya? adakah burung yang bertebangan di langit yang terbentang luas mampu terbang ke perut angkasa? semestinya jawapannya, adalah mustahil. Ikan dan burung yang langsung tidak dikurniakan oleh sang pencipta dengan akal ditetapkan batasnya inikan pula makhluk yang bernama manusia yang mempunyai akal, pasti ada batas-batas yang perlu dibatasinya.

Apa yang ingin penulis kaitkan antara batas-batas yang perlu dibatasi dengan dugaan yang kita sering hadapi adalah kehidupan ini bukannya semuanya di dalam gengaman kita. Tetapi kehidupan ini semuanya di gengaman sang Pencipta. Kita hanyalah yang menurut perintah dan yang melaksanakan apa yang telah ditetapkan.....


Manusia,
Engkau dilahirkan dengan akal dan fikiran,
Engkau dipercukupkan pancaindera mu,
Engkau dipenuhkan dengan kenikmatan tidak terhingga,
Tetapi perilaku mengalahkan makhluk yang tiada apa-apa.....


brO J

Wednesday, July 4, 2012

nisfu syaaban

janganlah kita bangga dengan ibadat yg kita lakukan. Uban nabi ada 20 helai sahaja. Nabi ada pedang berat 1 tan. Allah ciptakan islam yg terbaik di dunia ini. Letakkan hidup kita pada perjuangan islam. Nak cinta Allah ikut lah nabi. Halwalatul iman datang bila banyak beribadat. Bersugi sebelum sembahyang. Buatla sunnah nabi walaupun kecil. Sikat rambut, minyak rambut,bersugi sblm solat walaupun menggunakan lengan. Kita syg kita akan taat. Sayang kerana Allah. Tidak beriman dikalangan kamu jikalau kamu tidak sayang orang lain seperti sayang diri sendiri. Pada mula jahat kemudian baik kemudian dia benci untuk jahat kembali.

Wednesday, May 16, 2012

Nikmat Syukur


Apa yang anda faham antara gambar yang tertera di atas ini dengan tajuk entri kali ini? Bila di lihat dengan mata  akan rasa bahawa tiada kaitan langsung antara gambar ikan yang sedang memakan ikan dengan nikmat syukur. Mungkin ada yang berkata:

"Lumrah alam la....nie...ikan makan ikan"
"Tak kan ikan nak makan benda lain memang ALLAH jadikan macam tu"

Ya memang ini lumrah alam ikan akan makan ikan atau ikan akan makan makanan ikan yang diberikan oleh tuannya jikalau ianya berada di aquarium. Tapi pernah atau tidak kita berfikir ikan ini langsung tiada rasa jemu dengan apa yang di makan walaupun makanan yang di makan itu sejak dari dia menetas dari telur sehingga dia akan mati. Lantas, pada waktu kelaparan sekalipun ikan ini tetap akan makan makanan umpama tidak pernah merasa makanan itu sebelum ini. Lihatlah haiwan bersyukur dengan rezeki yang ALLAH kurniakan pada dia walaupun mereka tahu ianya akan sama sentiasa.

Tapi bagaimana dengan kita?

Pernahkah kita bersyukur jikalau diberikan nikmat yang serupa setiap masa?Udara yang kita sedut setiap detik adakah kita bersyukur? Sedangkan udara itu sama sentiasa yang masuk ke salur pernafasan itu semuanya oksigen dan bukannya hidrogen mahupun nitrogen. Adakah kita bersyukur dengan nikmat itu?nikmat makan,ya barangkali ada orang makan makanan yang berlainan setiap kali sesi makan tapi adakah kita bersyukur dengan nikmat itu? ke arah manakah kita gunakan semua nikmat-nikmat itu?

Kadang-kadang kita lebih suka mengeluh daripada bersyukur.
Kadang-kadang kita lebih suka memujuk diri supaya sabar daripada syukur atas dugaan yang diberikan.
Kadang-kadang kita lebih suka memilih yang lain daripada syukur apa yang kita sudah ada.


Sunday, May 6, 2012

Nak couple boleh tak?



Tentu ramai yang tertanya-tanya. Tidak kurang juga yang tidak berpuas hati dengan pernyataan di atas. Ada yang kata hukumnya harus. Mungkin ada yang kata makruh. Sememangnya kenyataan ini menimbulkan banyak kontroversi, lebih-lebih lagi di kalangan muda-mudi sekarang.Apa Itu Ber ‘couple’?Ber‘couple’ merupakan suatu tradisi atau budaya yang telah dibudayakan oleh masyarakat remaja kini. Bermula dengan saling berpandangan mata, kemudian turun ke hati. Kemudian mereka akan saling mengutus senyuman dan cinta mula berputik. Bila rasa dah cukup sedia, masing-masing mula ‘masuk line’. Ada yang berbalas-balas nota, bagi yang lebih ‘advance’, teknologi SMS digunakan. Akhirnya apabila dua insan berlawanan jantina ini sudah saling suka-menyukai, mereka akan mengisytiharkan ikatan percintaan mereka dan kemudian ber‘couple’.Pasangan kekasih ini akan merapatkan hubungan mereka serapat-rapatnya. Kalau di kelas, buat study group ataupun group discussion. Bagi yang kreatif, kad-kad ucapan ‘hand made’ yang pelbagai warna dan rupa akan dikirimkan. Bagi yang mengikuti peredaran semasa, teknologi SMS akan dimanfaatkan sepenuhnya. Kata ganti diri pada asalnya aku-kau ditukar kepada saya-awak, atau bagi mereka yang lebih intim, abang-sayang dan sebagainya.Kalau diperhatikan pasangan-pasangan yang sedang asyik dilamun cinta ini,hidup mereka tidak menentu, diibaratkan ‘makan tak kenyang, tidur tak lena, mandi tak basah’. Ungkapan-ungkapan cinta seperti ‘sayang awak’, ‘love you’, ‘miss you’ dan sebagainya akan menjadi sebahagian ucapan harian mereka. Sentiasa ceria dan tersenyum gembira, mengenangkan Si Dia yang datang bertandang ke hati. Ada pasangan yang serius, sampaikan sanggup berjanji nak sehidup-semati. Sanggup bersumpah, setia hingga ke akhir hayat. Ada juga yang hanya sekadar bermain-main, untuk suka-suka, dan sebagainya. Ringkasnya, pelbagai ragam yang boleh dilihat daripada pasangan yang ber‘couple’ ini. Ada yang boleh meneruskan hubungan hingga ke jinjang pelamin dan ada juga yang kecundang di pertengahan perlayaran di lautan percintaan masing-masing.Mengapa Ber‘couple’ Haram?Ya, mengapa? Sekarang kita kembali kepada persoalan pokok. Di sinilah timbulnya kontroversi di antara kita. Bagi yang ber‘couple’, sudah tentu perasaan ingin tahu mereka sangat tinggi dan pelbagai hujah ingin dikeluarkan bagi mempertahankan kesucian cinta mereka itu.Sebagai seorang muslim, untuk menjawab persoalan ini, kita perlulah merujuk kembali kepada manual kita yang telah digarisi oleh Allah S.W.T. iaitu Al-Quran dan panduan iaitu As-Sunnah yang telah diwasiatkan kepada kita oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. yang sepatutnya menjadi pegangan hidup kita.Ada yang berkata, Allah telah menjadikan makhluk-Nya berpasang-pasangan, lelaki dan perempuan, mengapa tidak boleh bercinta atau ber ‘couple’? Memang tidak dinafikan, dalam Al-Quran Allah ada berfirman, seperti dalam Surah Yasin(36) ayat 36:“Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya, baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka maupun dari apa yang tidak mereka ketahui.”Dan juga firman-Nya dalam Surah Al-Hujurat(49) ayat 13:“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.”Meskipun begitu, ayat-ayat ini tidak menjelaskan yang kita boleh mengadakan hubungan percintaan dan berkasih kasihan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram. Banyak larangan Allah dalam Al-Quran yang melarang hubungan-hubungan ini. Percintaan bermula dari mata. Firman Allah dalam Surah An-Nur(24) ayat 30:“Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat."Dalam ayat ini, jelas Allah telah memerintahkan kita supaya kita menjaga pandangan kita daripada memandang perkara-perkara yang dilarang, termasuklah memandang wanita bukan mahram serta wajib bagi kita menjaga nafsu. Perintah ini bukan ditujukan kepada kaum Adam sahaja. Dalam ayat yang seterusnya Allah berfirman dalam Surah An-Nur(24) ayat 31:“Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, ...”Dua ayat dari Surah An-Nur ini sebenarnya terdapat dalam sukatan mata pelajaran Pendidikan Al-Quran & Sunnah tingkatan 5. Para pelajar tingkatan 5 sepatutnya lebih jelas akan perkara ini. Daripada ayat ini jelas Allah melarang lelaki dan perempuan bukan mahram daripada saling berpandang-pandanga n dengan niat untuk suka-suka, apatah lagi untuk memuaskan hawa nafsu.Dalil yang lebih kuat menentang hubungan percintaan ini terdapat dalam Surah Al-Israa’(17) ayat 32:“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.”Ayat ini memeng cukup popular di kalangan kita. Ramai yang apabila ditegur dengan ayat ini akan menjawab, “Kami tidak berzina. Kami berbual-bual je” , “Kami keluar makan je” dan “Kami main SMS je.” Dan pelbagai 1001 alasan lagi. Para pembaca, sila teliti firman Allah tadi. Dalam ayat ini, Allah melarang kita mendekati zina. Allah menggunakan kalimah ‘walaa taqrobuu’ (jangan hampiri) dan bukannya kalimah ‘walaa ta`maluu’ (jangan melakukan). Ini menunjukkan, walaupun kita hanya mendekati zina, ia sudah pun HARAM! Mungkin ada yang tidak jelas dengan maksud menghampiri di sini. Biar kita ambil contoh, jarak kita dengan dewan adalah 50 meter. Apabila kita melangkah setapak ke arah dewan, jarak antara kita dan dewan adalah 49.8 meter. Inilah dikatakan menghampiri dewan. Jadi, bercinta sebelum kahwin dan ber‘couple’ adalah menghampiri zina, dan menghampiri zina adalah HARAM.Ini adalah dalil-dalil daripada Al-Quran. Bagaimana pula dengan hadis rasul kita, Nabi muhammad S.A.W? Dalam hadis, baginda rasulullah telah memperincikan jenis-jenis zina. Daripada Abu Hurairah r.a katanya, Nabi S.A.W. bersabda :“Sesungguhnya Allah Ta’ala telah menetapkan nasib anak Adam mengenai zina. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Zina mata ialah memandang. Zina lidah ialah berkata. Zina hati ialah keinginan dan syahwat, sedangkan faraj (kemaluan) hanya menuruti atau tidak menuruti”[1]Hadis kedua; Daripada Abu Hurairah r.a., dari Nabi S.A.W. sabdanya:“Nasib anak Adam mengenai zina telah ditetapkan. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Dua mata, zinanya memandang. Dua telinga, zinanya mendengar. Lidah, zinanya berkata. Tangan, zinanya memukul. Kaki, zinanya melangkah. Hati, zinanya ingin dan rindu, sedangkan faraj (kemaluan) hanya mengikuti atau tidak mengikuti.”[2]Daripada dua hadis ini, jelas Rasulullah menenyenaraikan bahangian-bahagian zina. Apabila kita memandang Si Dia dengan sengaja, menatapi wajahnya, dan sebagainya, zina mata berlaku. Apabila lidah kita digunakan untuk mengeluarkan kata-kata manis serta puitis, untuk memenangi hati Si Dia, membuatkan Si Dia tertarik kepada kita, lidah berzina. Apabila kita mendengar serta menghayati kelunakan suaranya, telinga berzina. Apabila berpegangan tangan, berjalan bersama ke arah menghampiri zina, tangan dan kaki berzina. Tetapi, yang paling bahaya ialah, apabila kita merindui Si Dia, memikirkan-mikirkan tentangnya, kecantikannya, ketampanannya, sifat penyayangnya, betapa kecintaannya kepada kita, zina tetap berlaku. Biarpun tidak bersua dari segi pancaindera, hati boleh berzina. Tidak mungkin sesuatu hubungan percintaan itu tidak melibatkan penglihatan, percakapan, pendengaran dan perasaan. Sudah terang lagikan bersuluh, percintaan sebelum berkahwin dan ber‘couple’ adalah menghampiri zina dan hukumnya adalah HARAM.Apa Yang Patut Dilakukan?Bagi yang belum terjebak, adalah dinasihatkan jangan sekali-kali menjerumuskan diri ke lembah percintaan. Susah untuk meninggalkan suatu perbuatan maksiat seperti ini setelah merasai kenikmatannya. Silap-silap boleh terlanjur dan langsung tidak dapat meninggalkannya lagi. Bagi yang sudah terjebak, sedang, ataupun yang mula berjinak-jinak dengan percintaan, sedarlah. Segeralah kita meninggalkan perbuatan maksiat yang tidak diredhai lagi dimurkai Allah ini. Tiada gunanya kita terus melakukan dosa demi meneruskan hubungan terlarang ini demi mendapatkan kebahagiaan duniawi yang sementara ini. Hanya satu jalan sahaja yang menghalalkannya iaitu melalui ikatan pernikahan.Bagi pasangan-pasangan yang benar-benar serius, diingatkan, semakin manis hubungan sebelum berkahwin, semakin tawar hubungan selepas menjadi suami isteri nanti. Lihatlah ibu-bapa serta atuk nenek kita, keutuhan rumah tangga mereka boleh dilihat sehingga kini tanpa melalui zaman percintaan yang diimpikan remaja-remaja kini.Setiap dari kita tentu mengidamkan pasangan hidup yang baik. Kita tidak mahu pasangan kita seorang yang tidak beriman. Seburuk-buruk perangai manusia, dia tetap menginginkan seseorang yang bain sebagai teman hidupnya.Firman Allah dalam Surah An-Nuur(24) ayat 26:“Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula).”Janji Allah, Dia akan mengurniakan kepada lelaki yang baik-baik dengan perempuan yang baik-baik. Begitulah sebaliknya. Allah akan berikan yang baik, dengan syarat, kita juga berusaha menjadi baik serta memilih jalan yang baik serta diredhai-Nya. Bagaimana hendak mendapatkan sebuah keluarga yang bahagia serta diredhai Allah jika pokok pangkal permulaannya sudah pincang, tidak berlandaskan Islam serta tidak diredhai Allah? Mungkin pada mulanya kita menganggap perkara yang kita lakukan ini cukup baik, niatnya baik, caranya pun kita rasakan cukup baik.tetapi sebenarnya, ia adalah rencana syaitan yang membuatkan kita kabur memandang perbuatan yang kita lakukan itu.Firman Allah dalam Surah Al-‘ankabut(29) , ayat 38:“Dan setan menjadikan mereka memandang baik perbuatan-perbuatan mereka, lalu ia menghalangi mereka dari jalan (Allah), sedangkan mereka adalah orang-orang yang berpandangan tajam.”Sebenarnya, dalam Islam, lelaki dan perempuan tidak dibenarkan bergaul terlalu rapat, sehingga menjadi teman karib dan sebagainya. Lelaki tidak boleh menghampiri perempuan dan perempuan tidak boleh menghampiri lelaki sesuka hati tanpa sebab. Tetapi Islam membenarkan apabila ada keperluan dan tujuan yang benar-benar perlu. Misalnya apabila ditugaskan mengadakan perbincangan dalam kumpulan besar yang melibatkan lelaki dan perempuan atau perlu berbincang mengenai sesuatu yang penting. Untuk berbual-bual kosong atau bergurau senda tanpa tujuan tertentu adalah tidak dibenarkan. Apatah lagi untuk saling meluahkan perasaan dan sebagainya. Cukuplah kaum sejenis sendiri untuk dijadikan teman karib dan tempat berbincang masalah.Perasaan suka dan cinta adalah dua perkara yang berbeza. Tak salah bagi seseorang lelaki untuk menyukai seseorang perempuan dan seseorang perempuan menyukai seorang lelaki. Tapi, perasaan ini tidak boleh dilayan dan difikir-fikirkan kerana ianya merupakan hasutan syaitan yang membawa kepada zina hati. Sepatutnya apabila kita terfikir mengenai perkara-perkara ini, kita hendaklah menepisnya dan berhenti terus daripada memikirkannya.Firman Allah dalam Surah Al-A’raf ayat 201:“Dan jika kamu ditimpa sesuatu godaan setan, maka berlindunglah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”Para pembaca diingatkan, semua hujah-hujah yang telah diberikan adalah berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah, perintah Allah dan Rasul-Nya. Jika kita menolaknya, sebenarnya kita menolak perintah Allah dan Rasul. Na’uzubillah.Firman Allah dalam Surah Al-Anfal(8), ayat 20-22:“Hai orang-orang yang beriman, taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya, dan janganlah kamu berpaling daripada-Nya, sedang kamu mendengar (perintah-perintah- Nya),(20) dan janganlah kamu menjadi sebagai orang-orang (munafik) yang berkata: "Kami mendengarkan, padahal mereka tidak mendengarkan. (21) Sesungguhnya makhluk bergerak yang bernyawa yang paling buruk pada sisi Allah ialah orang-orang yang pekak dan tuli (tidak mendengar dan tidak memahami kebenaran) yaitu orang-orang yang tidak mengerti.(22) .Orang yang paling buruk dalam pandangan Allah ialah mereka yang tidak mahu menuruti perintah-perintah Allah. Janganlah kita tergolong dalam golongan ini. Balasan bagi golongan ini ialah neraka jahannam seperti firman Allah dalam Surah Aj-Jaatsiyah( 45) ayat 7-11:“Kecelakaan yang besarlah bagi tiap-tiap orang yang banyak berdusta lagi banyak berdosa,(7) dia mendengar ayat-ayat Allah dibacakan kepadanya kemudian dia tetap menyombongkan diri seakan-akan dia tidak mendengarnya. Maka beri kabar gembiralah dia dengan azab yang pedih.(8) Dan apabila dia mengetahui barang sedikit tentang ayat-ayat Kami, maka ayat-ayat itu dijadikan olok-olok. Merekalah yang memperoleh azab yang menghinakan. (9) Di hadapan mereka neraka Jahanam dan tidak akan berguna bagi mereka Sedikit pun apa yang telah mereka kerjakan, dan tidak pula berguna apa yang mereka jadikan sebagai sembahan-sembahan (mereka) dari selain Allah. Dan bagi mereka azab yang besar.(10) Ini (Al Qur'an) adalah petunjuk. Dan orang-orang yang kafir kepada ayat-ayat Tuhannya bagi mereka azab yaitu siksaan yang sangat pedih.(11)”Akhir sekali, ambillah Islam secara syumul,bukan hanya ambil Islam pada perkara yang disukai, tetapi kita tinggalkan sebahagian yang lain yang tidak sesuai dengan kehendak kita. Firman Allah dalam Surah An-Nisaa’(4) ayat 150-151 :“ Sesungguhnya orang-orang yang kafir kepada Allah dan rasu-rasul-Nya, dan bermaksud memperbedakan antara (keimanan kepada) Allah dan rasul-rasul- Nya, dengan mengatakan: "Kami beriman kepada yang sebahagian dan kami kafir terhadap sebahagian (yang lain)", serta bermaksud (dengan perkataan itu) mengambil jalan (tengah) di antara yang demikian (iman atau kafir),(150) merekalah orang-orang yang kafir sebenar-benarnya. Kami telah menyediakan untuk orang-orang yang kafir itu siksaan yang menghinakan. (151).”Kembalilah ke jalan yang lurus. Tinggalkanlah perkara-perkara maksiat yang telah kita lakukan sebelum ini. Bertaubatlah sementara kita masih ada kesedaran, jangan tunggu sampai kita dibiarkan sesat oleh Allah sehingga hati kita tertutup untuk menerima kebenaran, Surah Aj-Jaatsiah( 45) ayat 23:“ Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya, dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmu-Nya dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya? Maka siapakah yang akan memberinya petunjuk sesudah Allah (membiarkannya sesat). Maka mengapa kamu tidak mengambil pelajaran?”Memang pada mulanya untuk meninggalkan maksiat-maksiat ini amat susah, tetapi,ia masih wajib kita tinggalkan. Ingatlah Allah berfirman dalam Surah Al-Baqarah(2) ayat 216:“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”Sekali lagi ditegaskan, bercinta sebelum berkahwin dan ber‘couple’ adalah menghampiri zina. Ia adalah perbuatan yang dilarang dalam Islam dan hukumnya adalah HARAM. Wallahua’lam.