Wednesday, June 26, 2013

Berkata-kata itu Bukan Mudah

Sesungguhnya Allah ciptakan manusia sesempurna makhluk di mana adanya:

1 pasang mata,
1 pasang telinga,
1 pasang hidung,
1 pasang tangan,
1 pasang kaki.

Tapi cuma hanya 

1 mulut SAHAJA.

Allah  ciptakan mulut hanya satu supaya manusia menggunakan dengan sebaik-baiknya. Memang benar adanya pepatah melayu yang berbunyi:

"Sebab pulut santan binasa, sebab mulut badan binasa."

Mulut adalah suatu nikmat yang besar yang ALLAH berikan kepada manusia walaupun bilangannya sedikit dari pancaindera yang lain. Tetapi manusia barangkali tidak sedar kenikmatan yang dikecapi ini mampu meyumbat diri mereka sendiri dari kufur dengan nikmat yang diberikan. Semua nikmat-nikmat ini adalah amanat ALLAH dan akan dipersoalkan pengunaannya di akhirat kelak. Kerana mulut juga pelbagai senario boleh berlaku di muka bumi ini.

Kerana mulut, anak-anak melarikan diri dari rumah dek kerana tidak tahan leteran ibu bapa.
Kerana mulut, dua orang sahabat baik bertumbuk dek kerana fitnahan orang yang ketiga.
Kerana mulut, adik-beradik putusnya pertalian dek kerana tohmahan yang diberikan satu sama lain.

Jika ingin disenaraikan satu-persatu, sehingga letihlah tangan ini menaipnya tetapi tetap tiada titik nokhtahnya. Andai berkata benar ianyatidak menjadi masalah. Andai ianya tidak benar ianya boleh menjadi fitnah. 




An-Nuur - ayat 15
"Iaitu semasa kamu bertanya atau menceritakan berita dusta itu dengan lidah kamu, dan memperkatakan dengan mulut kamu akan sesuatu yang kamu tidak mempunyai pengetahuan yang sah mengenainya; dan kamu pula menyangkanya perkara kecil, pada hal ia pada sisi hukum Allah adalah perkara yang besar dosanya."                                                          

No comments:

Post a Comment