Wednesday, July 31, 2013

4 Golongan Manusia




(وَإِذۡ تَأَذَّنَ رَبُّكُمۡ لَٮِٕن شَڪَرۡتُمۡ لَأَزِيدَنَّكُمۡ‌ۖ وَلَٮِٕن ڪَفَرۡتُمۡ إِنَّ عَذَابِى لَشَدِيدٌ۬ (٧
 Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras. Surah Al-Ibrahim (14:7)

1) Golongan Berbahagia Di Dunia Berbahagia Di Akhirat
- Sungguh beruntung orang yang sebegini rupa, yang berbahagia di dunia dan bahagia juga dia diakhirat sana. Allah kurniakan kekayaan,kesenangan dan kebahagian kepadanya tapi tidak pernah sesekali dia melakukan kemungkaran malahan dengan kekayaan dia melaburkannya untuk "dunia" di penghujung sana, diinfaqkannya dan di wakafkannya. Seperti para-para sahabat di zaman Rasullullah s.a.w iaitu Abdul Rahman bin ‘Auf yang merupakan saudagar kaya yang dijamin syurga. Beliau pernah meinfaqkan 700 kenderaan yang sarat dengan hartanya kepada penduduk bumi madinah. Tidak kurang pula Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq yang apabila ditanya oleh Rasulullah s.a.w “Wahai Abu Bakar, apa yang kamu tinggalkan untuk ahli keluarga engkau?” Abu Bakar menjawab: “Aku tinggalkan untuk mereka Allah dan Rasul-Nya.”

2) Golongan Binasa Di Dunia Berbahagia Di Akhirat
- Sungguh beruntung orang yang sebegini rupa, sekalipun dia binasa di dunia, tetapi diakhirat sana di dijanjikan ALLAH s.w.t dengan syurga. Golongan ini miskin di dunia, fakir dan kehidupannya kais pagi makan pagi kais petang makan petang dan adakala kais-kais langsung tidak mendapat apa-apa. Tetapi dengan kesusahan dan kepayahan yang ALLAH uji mereka ini, mereka ini langsung tidak terpalit di lubuk hati mereka untuk mengetepikan syariat dan titah perintah ALLAH s.w.t . Tetapi mereka mereka menggunakan kesusahan dan kepayahan yang mereka hadapi dengan mendekatkan lagi diri kepada ALLAH s.w t.  

3) Golongan Berbahagia Di Dunia Binasa Di Akhirat
- Sungguh rugi orang yang berada di golongan ini. Mereka mempunyai kekayaan,kebahagian dan kesenangan kehidupan di dunia, tapi dia semakin jauh daripada ALLAH s.w.t. Mempunyai harta, tapi hartanya dilaburkan kepada yang menggalakan manusia kepada maksiat malahan kedekut untuk menginfakkan mahupun mewakafkannya. Sibuk mendapatkan hasil didunia tetapi tidak peduli tentang hal-hal akhiratnya.

4) Golongan Binasa Di Dunia Binasa Di Akhirat
- Sangatlah rugi golongan ini, kerana umpama sudah jatuh ditimpa tangga. Langsung tidak mengambil pedoman diri untuk kehidupan di sana. Golongan ini fakir di dunia dan fakir juga diakhirat. Nauzubillah minzalik. Golongan ini fakir di dunia kerana bukan hanya fakir dengan harta, malahan mereka fakir dengan ilmu. Bukan susah untuk menuntut ilmu percuma hanya perlu korbankan masa dan tenaga untuk ke masjid dan ke surau untuk mendengar ceramah agama. Tapi langsung tidak diambil berat tentang hari dikemudiannya.


Manusia,
Engkau bernafas tanpa perlu memikirkan sumbernya,
Engkau mendengar tanpa perlu memikirkan batasannya,
Engkau melihat tanpa perlu memikirkan metodologinya,
Tapi,
Pernahkah engkau memikirkan keajaibanNYA?
Pernahkah engkau memikirkan kehebataNYA?
Pernahkah engkau memikirkan keesaanNYA?


No comments:

Post a Comment