Monday, April 1, 2013

Dimana Islamku

Pernahkah kita tanya soalan ini kepada diri kita sendiri?
Pernahkah kita mengambil 1-2 minit dalam sehari untuk memikirkan amalan kehidupan kita seharian bagaimana?
Pernahkah?

Kalau jawapannya pernah dan telah melakukannya. Alhamdulillah teruskanlah amalan ini sesungguhnya dengan berfikir tentang amalan kita kita mampu meningkatkan ketaqwaan dan kualiti amalan kita. Jikalau jawapan bagi persoalan di atas adalah tidak dan tidak pernah. Penulis ingin berkongsi dengan anda, ianya juga merupakan pengalaman penulis dalam mengembara menuju ke alam barzakh, barangkali ianya mungkin setitis air yang berwarna biru yang dititiskan di tempayan. Ada mereka yang bukan Islam menanyakan satu soalan kepada orang Islam. "Itu simbol hah...simbol apa tu?".


Orang yang beragama islam menjawabnya, "Itu ALLAH dalam tulisan jawi ataupun tulisan arab". Orang yang bukan beragama islam menanyakan kembali. "Kenapa tulisan ALLAH berubah-berubah hah, itu kejap satu batang di tengah-tengah kadang-kadang batang tu didepan, itu tuhan berubah-berubah ka...". Orang islam itu menepis soalan itu dengan menjawab "ALLAH tidak berubah tapi,.......hurm.....hurm...". Orang islam itu hanya mengaru kepala dan orang bukan beragama islam itu menunggu jawapan yang ingin di perkatakan. Secara tidak sengaja, penulis sampai di tempat perbualan mereka dan yang beragama islam meminta pertolongan. Dengan senyuman penulis menerangkan kepada yang bukan beragama islam " ALLAH tidak berubah-berubah. ALLAH dengan zatNYA. ALLAH bukannya manusia dan bukannya makhluk. ALLAH tidak sama dengan kita semua atau apa yang ada dibumi ini. Tulisan ini tidak bermakna ALLAH berubah tetapi tulisan ini menunjukkan agama Islam sukakan kecantikan. Untuk pengetahuan saudari, inilah tlisan jawi yang menggunakan khat sebagai seninya. Ada khat nasakh, khat sulus dan macam-macam lagi".

                          



Orang bukan beragama Islam itu pun berpuas hati dengan jawapan penulis dan berlalu pergi.
Penulis rasa, andai penulis tiada di situ, apakah pandangan orang bukan islam itu terhadap orang islam itu? Menanyakan tentang agama yang dianuti, tetapi tidak mampu dijawabnya walaupun telah berpuluh tahun mengamalkan agama Islam dalam seharian. Penulis tidak menyalahkan yang beragama Islam itu atas tidak menjawabnya. Barangkali dia jahil dan belum pernah mempelajarinya tapi andai kita letakkan diri kita di tempat orang yang beragama Islam, apakah jawapan yang akan kita berikan pada yang bukan beragama islam, adakah cukup ilmu kita tentang Islam? atau hanya nama kita sahaja yang dikatakan Islam akhlak dan sebagainya bukan menunjukkan seoarang yang beragama Islam.


Manusia mulia kerana islam,
Islam akan sentiasa mulia walaupun tanpa manusia.


No comments:

Post a Comment