Thursday, July 14, 2011

Tanggapan Manusia Terhadap Dunia



Cuba kita tanya diri kita, apa yg kita inginkan di dunia ini. Apa jawapan kita?

Jikalau jawapan anda ada tersenarai di bawah ini ambil la masa 15 minit sahaja untuk mengenal siapa PENCIPTA dan siapa Pesuruh-NYA

1) Aku nak hidup senang sampai terpisahnya jasad dan nyawa
2) Aku nak kawin dengan minah tu
3) Aku mencari ketenangan
4) Aku mencari kebebasan
5) Aku tidak mahu apa-apa yang aku mahu hanya dia dalam hidupku.

Andai kata di senaraikan 100, 100 lah jwapan kita untuk dunia sahaja. Sedar atau pun tidak, dunia telahpun berumur 2011 tahun mungkin lebih dari itu wallahu'alam hanya ALLAH s.w.t yang dapat menjawabnya dengan lebih tepat. Entri ini adalah sebagai nasihat untuk pembaca mahupun penulis blog ini.

Tahukah kita betapa sayangnya ALLAH pada kita dia tidak kenakan sebarang "charge" pun apa bila kita menggunakan segala nikmat yang di berikan. Sebagai contoh kita bernafas, ALLAH tidak ambil satu sen pun dari rezeki kita kat dunia ini apabila kita menghirup udara yang segar. MASYA ALLAH. Begitu sayangnya ALLAH pada kita. Tapi kita, adakah kita sayang ALLAH?

Allah bagi kita tebang pokok untuk di jadikan tempat perlindungan untuk kita melakukan perkara yang mendatangkan kebaikan pada kita atau orang lain. Tapi kita tamak hinggakan di kaki gunung pun kita hendak membina rumah. Bila bencana datang salahkan ALLAH kononnya ALLAH itu tidak meletakkan sesuatu pada tempatnya Nauzubillah. Sebelum kita buat rumah pernahkah kita fikir akan risikonya? ALLAH beri kita akal fikiran untuk fikir segala-galanya tapi kita? Jikalaulah ALLAH tarik balik nikmat yang telah di berikan ini, mampukah kita hidup berdikari di muka bumi ALLAH ini?ALLAH turunkan peraturan jikalau kamu hendak berfikir buat bayaran dulu baru boleh fikir. mampukah kita untuk memberi bayaran yang setimpal dengan segala nikmat yang di berikan?

Wahai manusia berapa besarkah kuasa anda jikalau hendak di bandingkan dengan ALLAH. Tidak perlulah kita fikir terlalu jauh, untuk membandingkan kita, yang di cipta dengan pencipta. Cukuplah kita ambil contoh yang di cipta dengan yang dicipta oleh ALLAH sebagai contoh kita ambil sirah Nabi Ibrahim A.S iaitu Raja Namrud dikalahkan oleh ALLAH S.w.t dengan cara ALLAH menghantar seekor nyamuk yang halus memasuki ke otak Raja Namrud selama 40 hari 40 malam. Manusia yang besar ini pun nyamuk boleh mengalahkan ini kan ALLAH s.w.t yang menciptakan kita.

Fikir-fikirkan lah Wahai manusia, rebutlah lima perkara dari datang lima perkara.

1)Pergunakan masa mudamu sebelum datang masa tuamu
2)Pergunakan masa luangmu sebelum datang masa sibukmu
3)Pergunakan waktu sehatmu sebelum datang waktu sakitmu
4)Pergunakanlah waktu kayamu sebelum datang waktu miskinmu
5)Pergunakan hidupmu sebelum datang matimu

INGATLAH WAHAI MANUSIA KAMU AKAN MATI!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

No comments:

Post a Comment