Tuesday, May 31, 2011

~~~ErA PeRkAhWiNaN~~~



Bagi seorang remaja yang sedang di mamah usia,zaman perkahwinan memang tidak boleh di pisahkan lagi memang itulah lumrah seorang remaja yang mana mereka akan melalui era perkahwinan jika jodoh mereka telah sampai. Tapi apakah persepektif seorang remaja terhadap suatu ikatan perkahwinan itu? Mampukah mereka memikul tanggungjawab yang telah di amanahkan? Mampukah mereka mengharungi badai-badai dgn penuh ketaqwaan kepada ALLAH? penulis tertarik untuk membincangkan isu ini atas sebab penulis cakna dengan apa yang diturunkan oleh ALLAH S.w.T dalam Al-Quran yang bermaksud:

Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman.

(An-Nisa' 4:3)

Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.

(An-Nur 24:32)

No comments:

Post a Comment