Sunday, February 27, 2011

Untukmu Sahabatku......



Wahai sahabatku,ini nasihatku untuk mu.Tiada yang ku harapkan melainkan engkau berhijrah dari yangg buruk kepada yang baik,daripada yang baik kepada yang lebih baik.Aku tidak mengharapkan wang ringgitmu,aku tidak mengharapkan pujian darimu tapi yang ku harapkan jua adalah pengorbananmu untuk kehidupan mu di akhirat kelak. Aku tidak mampu untuk memberikan mu wang ringgit,aku tidak mampu memberikan mu segala kemewahan dunia ini. Tapi yang aku mampu adalah serangkap doa yang mendoakan kehidupan mu penuh barakah dan mendapat hidayah daripada yang MAHA ESA. Tapi semua itu tidak akan berlaku jikalau hanya aku sahaja yang memohon pada yang ESA tetapi engkau tidak mahukan perubahan dalam dirimu. Wahai sahabatku, bangkitlah dari tidur yang lena ini. Bangkitlah, dunia ini ada penghujungnya keseronokan di dunia ini tiada penyudahnya. Bangkitlah wahai syabab,bangkitlah wahai remaja,bangkitlah wahai jejaka-jejaka yang bakal akan memimpin isteri-isterimu di syurga kelak.Bangkitlah wahai generasi muda yang merupakan harapan bagi sesebuah negara. Wahai sahabat engkau tahukah hanya dengan berpegang pada tali ALLAH engkau mampu mempengaruhi seluruh ummah di dunia ini?Dengan melakukan titah perintah-NYA engkau mampu mewujudkan satu negara ISLAM yang dikenali satu antero dunia. Wahai sahabat aku tidak mampu untuk menjadikan segala angan-angan mu menjadi kenyataan tetapi aku hanya mampu menolongmu sekadar mampu dan memberikan sokongan padamu. Wahai sahabat adakah engkau tahu aku begitu kecewa dengan mu?aku begitu terasa hati dengan apa yang engkau lakukan. Walaupun ianya engkau merasa sedikit tetapi bagiku ianya adalah satu kesalahan yang amat besar dan adalah payah untuk engkau kembali ke pangkal jalan. Sahabat, aku tahu engkau akan berkata "Manusia sentiasa buat silap" ,"Ala....engkau pun sama jela...mcm aku juga","Ala....skema la..engkau nie...kubur masing-masing OKAY!!!!!". Biar aku menjawab segala tomahan mu itu terhadap ku. Memang manusia sentiasa buat silap tetapi MAHA PENGAMPUN ALLAH itu adalah kepada mereka yang mengkehedakinya. Jikalau engkau tidak meminta sahabat bagaimana pula ALLAH ingin memberinya sedangkan didunia ini apa yang engkau mahu engkau akan lakukannya, bukankah begitu?. memang aku serupa dengan engkau tapi aku serupa dari fizikal engkau bukan ke semuanya aku serupa dengan engkau. Yang lainnya adalah rohani ku berlainan dari halatuju ku berlainan dari mu. Bagi menjawab tohmahan engkau yang berunsurkan kubur itu biar hanya jawapan bagi persoalan ku ini yang menjawabnya. "Engkau masuk sendiri ker kat kubur tu?" Wahai sahabatku ingatlah sesungguhnya aku lakukan ini,aku tidak mendapat apa-apa pun darimu sahabat wang ringgit mahupun pangkat dan darjat. Tetapi aku lakukan ini atas alasan dakwah ataupun dengan bahasa yang mudah di fahami aku hanya menyampaikan apa yang RASULULLAH sampaikan kepadaku dan aku sampaikan kepadamu sahabat. Sesungguhnya engkau pun tahu sahabat sifat bagi seorang rasul itu adalah tabligh=menyampaikan. Ini adalah nasihatku untuk mu sahabat. Andai kata aku akan pergi sebentar lagi untuk selama-lamanya ambilah ini sebagai wasiatku. Dan aku memohon seribu satu keampunan kepada mu andainya aku terkasar bahasa dalam perbicaraan ku ini. Kata-kata pujangga untuk mu sahabat:

Masihkah kau ingat,
Kita berlari-lari,
Di kaki langit,
Mencari pelangi,

Masihkah kau ingat,
Kita berlari-lari,
Di kaki langit,
Mencari mentari,

Masihkah kau ingat,
Kita bersama-sama mencari seruan ILAHI.....

No comments:

Post a Comment