Tuesday, March 1, 2011

Semasa aku berdukacita.....

Aku sungguh takot dengan lecturer ini....aku terasa di yang berkuasa....tetapi aku silap.....ada yang MAHA besar yang sentiasa berada di sisiku iaitu ALLAH S.W.T....ya ALLAH...maafkan aku...aku tidak berniat untuk menduakan mu....aku terlalu takot ya ALLAH...maafkan aku....inilah yang akan terjadi apabila takut kan kepada hamba tetapi tidak takut kepada Penciptanya. Setelah ku merenung kembali hebat para sahabat Nabi S.A.W mereka langsung tidak gentar dengan apa-apa sekalipun sebagai contoh Saidina Abu Bakar yang langsung tidak memikirkan bahaya langsung dengan pengistiharan yang dia lakukan di khalayak org Quraisy yang mengatakan dia masuk Islam. Malah dia tahu jikalau dia buat demikian boleh dikatakan seleruh masyarakat Quraisy akan memukul, mengherdik dan mencaci beliau tapi dengan keberanian yang ada beliau tetap meneruskan hajat memberitahu orang ramai akan pengislamannya. Tersentuh diriku dengan kisah ini aku?? adaakah berani sebegitu rupa? Sungguh jauh sekali keimanan aku kepada ALLAH S.W.T. Abu bakar yang baru sahaja masuk Islam berani berbuat demikian ini kan aku yanh telah 23 tahun menganut agama Islam tetapi takut dengan lecturer yang bukan Islam sedangkan aku tahu aku ada yang Maha Esa yang sentiasa bersama dengan ku tidak kira dimana aku berada. Tapi inilah Rupanya keimananku kepadaNYA...Ya ALLAh engkau tetapkanlah keimananku kepada MU kukuhlah ianya sepertimana para syuhada' yang berada dizaman kekasih MU Rasulullah S.A.W dan tanamkanlah perasaan cintaku ini kepada MU dan Nabi Muhammad S.A.W. Dan bimbinglah aku kejalan yang benar yakni jalan-jalan para syuhada; dan tabi'n....

No comments:

Post a Comment