Wednesday, July 31, 2013

4 Golongan Manusia




(وَإِذۡ تَأَذَّنَ رَبُّكُمۡ لَٮِٕن شَڪَرۡتُمۡ لَأَزِيدَنَّكُمۡ‌ۖ وَلَٮِٕن ڪَفَرۡتُمۡ إِنَّ عَذَابِى لَشَدِيدٌ۬ (٧
 Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras. Surah Al-Ibrahim (14:7)

1) Golongan Berbahagia Di Dunia Berbahagia Di Akhirat
- Sungguh beruntung orang yang sebegini rupa, yang berbahagia di dunia dan bahagia juga dia diakhirat sana. Allah kurniakan kekayaan,kesenangan dan kebahagian kepadanya tapi tidak pernah sesekali dia melakukan kemungkaran malahan dengan kekayaan dia melaburkannya untuk "dunia" di penghujung sana, diinfaqkannya dan di wakafkannya. Seperti para-para sahabat di zaman Rasullullah s.a.w iaitu Abdul Rahman bin ‘Auf yang merupakan saudagar kaya yang dijamin syurga. Beliau pernah meinfaqkan 700 kenderaan yang sarat dengan hartanya kepada penduduk bumi madinah. Tidak kurang pula Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq yang apabila ditanya oleh Rasulullah s.a.w “Wahai Abu Bakar, apa yang kamu tinggalkan untuk ahli keluarga engkau?” Abu Bakar menjawab: “Aku tinggalkan untuk mereka Allah dan Rasul-Nya.”

2) Golongan Binasa Di Dunia Berbahagia Di Akhirat
- Sungguh beruntung orang yang sebegini rupa, sekalipun dia binasa di dunia, tetapi diakhirat sana di dijanjikan ALLAH s.w.t dengan syurga. Golongan ini miskin di dunia, fakir dan kehidupannya kais pagi makan pagi kais petang makan petang dan adakala kais-kais langsung tidak mendapat apa-apa. Tetapi dengan kesusahan dan kepayahan yang ALLAH uji mereka ini, mereka ini langsung tidak terpalit di lubuk hati mereka untuk mengetepikan syariat dan titah perintah ALLAH s.w.t . Tetapi mereka mereka menggunakan kesusahan dan kepayahan yang mereka hadapi dengan mendekatkan lagi diri kepada ALLAH s.w t.  

3) Golongan Berbahagia Di Dunia Binasa Di Akhirat
- Sungguh rugi orang yang berada di golongan ini. Mereka mempunyai kekayaan,kebahagian dan kesenangan kehidupan di dunia, tapi dia semakin jauh daripada ALLAH s.w.t. Mempunyai harta, tapi hartanya dilaburkan kepada yang menggalakan manusia kepada maksiat malahan kedekut untuk menginfakkan mahupun mewakafkannya. Sibuk mendapatkan hasil didunia tetapi tidak peduli tentang hal-hal akhiratnya.

4) Golongan Binasa Di Dunia Binasa Di Akhirat
- Sangatlah rugi golongan ini, kerana umpama sudah jatuh ditimpa tangga. Langsung tidak mengambil pedoman diri untuk kehidupan di sana. Golongan ini fakir di dunia dan fakir juga diakhirat. Nauzubillah minzalik. Golongan ini fakir di dunia kerana bukan hanya fakir dengan harta, malahan mereka fakir dengan ilmu. Bukan susah untuk menuntut ilmu percuma hanya perlu korbankan masa dan tenaga untuk ke masjid dan ke surau untuk mendengar ceramah agama. Tapi langsung tidak diambil berat tentang hari dikemudiannya.


Manusia,
Engkau bernafas tanpa perlu memikirkan sumbernya,
Engkau mendengar tanpa perlu memikirkan batasannya,
Engkau melihat tanpa perlu memikirkan metodologinya,
Tapi,
Pernahkah engkau memikirkan keajaibanNYA?
Pernahkah engkau memikirkan kehebataNYA?
Pernahkah engkau memikirkan keesaanNYA?


Wednesday, June 26, 2013

Berkata-kata itu Bukan Mudah

Sesungguhnya Allah ciptakan manusia sesempurna makhluk di mana adanya:

1 pasang mata,
1 pasang telinga,
1 pasang hidung,
1 pasang tangan,
1 pasang kaki.

Tapi cuma hanya 

1 mulut SAHAJA.

Allah  ciptakan mulut hanya satu supaya manusia menggunakan dengan sebaik-baiknya. Memang benar adanya pepatah melayu yang berbunyi:

"Sebab pulut santan binasa, sebab mulut badan binasa."

Mulut adalah suatu nikmat yang besar yang ALLAH berikan kepada manusia walaupun bilangannya sedikit dari pancaindera yang lain. Tetapi manusia barangkali tidak sedar kenikmatan yang dikecapi ini mampu meyumbat diri mereka sendiri dari kufur dengan nikmat yang diberikan. Semua nikmat-nikmat ini adalah amanat ALLAH dan akan dipersoalkan pengunaannya di akhirat kelak. Kerana mulut juga pelbagai senario boleh berlaku di muka bumi ini.

Kerana mulut, anak-anak melarikan diri dari rumah dek kerana tidak tahan leteran ibu bapa.
Kerana mulut, dua orang sahabat baik bertumbuk dek kerana fitnahan orang yang ketiga.
Kerana mulut, adik-beradik putusnya pertalian dek kerana tohmahan yang diberikan satu sama lain.

Jika ingin disenaraikan satu-persatu, sehingga letihlah tangan ini menaipnya tetapi tetap tiada titik nokhtahnya. Andai berkata benar ianyatidak menjadi masalah. Andai ianya tidak benar ianya boleh menjadi fitnah. 




An-Nuur - ayat 15
"Iaitu semasa kamu bertanya atau menceritakan berita dusta itu dengan lidah kamu, dan memperkatakan dengan mulut kamu akan sesuatu yang kamu tidak mempunyai pengetahuan yang sah mengenainya; dan kamu pula menyangkanya perkara kecil, pada hal ia pada sisi hukum Allah adalah perkara yang besar dosanya."                                                          

Monday, April 1, 2013

Dimana Islamku

Pernahkah kita tanya soalan ini kepada diri kita sendiri?
Pernahkah kita mengambil 1-2 minit dalam sehari untuk memikirkan amalan kehidupan kita seharian bagaimana?
Pernahkah?

Kalau jawapannya pernah dan telah melakukannya. Alhamdulillah teruskanlah amalan ini sesungguhnya dengan berfikir tentang amalan kita kita mampu meningkatkan ketaqwaan dan kualiti amalan kita. Jikalau jawapan bagi persoalan di atas adalah tidak dan tidak pernah. Penulis ingin berkongsi dengan anda, ianya juga merupakan pengalaman penulis dalam mengembara menuju ke alam barzakh, barangkali ianya mungkin setitis air yang berwarna biru yang dititiskan di tempayan. Ada mereka yang bukan Islam menanyakan satu soalan kepada orang Islam. "Itu simbol hah...simbol apa tu?".


Orang yang beragama islam menjawabnya, "Itu ALLAH dalam tulisan jawi ataupun tulisan arab". Orang yang bukan beragama islam menanyakan kembali. "Kenapa tulisan ALLAH berubah-berubah hah, itu kejap satu batang di tengah-tengah kadang-kadang batang tu didepan, itu tuhan berubah-berubah ka...". Orang islam itu menepis soalan itu dengan menjawab "ALLAH tidak berubah tapi,.......hurm.....hurm...". Orang islam itu hanya mengaru kepala dan orang bukan beragama islam itu menunggu jawapan yang ingin di perkatakan. Secara tidak sengaja, penulis sampai di tempat perbualan mereka dan yang beragama islam meminta pertolongan. Dengan senyuman penulis menerangkan kepada yang bukan beragama islam " ALLAH tidak berubah-berubah. ALLAH dengan zatNYA. ALLAH bukannya manusia dan bukannya makhluk. ALLAH tidak sama dengan kita semua atau apa yang ada dibumi ini. Tulisan ini tidak bermakna ALLAH berubah tetapi tulisan ini menunjukkan agama Islam sukakan kecantikan. Untuk pengetahuan saudari, inilah tlisan jawi yang menggunakan khat sebagai seninya. Ada khat nasakh, khat sulus dan macam-macam lagi".

                          



Orang bukan beragama Islam itu pun berpuas hati dengan jawapan penulis dan berlalu pergi.
Penulis rasa, andai penulis tiada di situ, apakah pandangan orang bukan islam itu terhadap orang islam itu? Menanyakan tentang agama yang dianuti, tetapi tidak mampu dijawabnya walaupun telah berpuluh tahun mengamalkan agama Islam dalam seharian. Penulis tidak menyalahkan yang beragama Islam itu atas tidak menjawabnya. Barangkali dia jahil dan belum pernah mempelajarinya tapi andai kita letakkan diri kita di tempat orang yang beragama Islam, apakah jawapan yang akan kita berikan pada yang bukan beragama islam, adakah cukup ilmu kita tentang Islam? atau hanya nama kita sahaja yang dikatakan Islam akhlak dan sebagainya bukan menunjukkan seoarang yang beragama Islam.


Manusia mulia kerana islam,
Islam akan sentiasa mulia walaupun tanpa manusia.


Monday, March 25, 2013

Baru Mencari Tuhan Semasa Diduga



Dugaan.......

Inilah senario yang akan berlaku pada setiap makhluk yang bernama manusia apabila diduga, akan mencari Sang Pencipta . Barangkali inilah lumrah alam walaupun seseorang itu mengistiharkan dia atheis sekalipun akan terpancul dimulutnya ungkapan "Oh my God" kerana lumrah alam, apabila wujudnya sesuatu akan ada yang menciptanya. Memang tidak dapat disangkal lagi kehidupan didunia ini penuh dengan onak dan durinya, penuh dengan liku-liku yang tidak diduga mahupun di sangka. Tetapi ingatlah wahai makhluk yang mempunyai akal, nafsu dan pancaindera yang serba-serbi sempurna dalam penciptaan sesungguhnya tujuan kita dihidupkan adalah untuk mengabdikan diri kepadaNYA.

Kadang-kadang ada mereka yang menyalah tafsirkannya, dianggap mereka mempunyai akal, nafsu dan pancaindera ini mereka mampu melakukan segala-galanya tanpa ada batas-batas yang dihadkan. Tafsiran ini bukannya salah dan bukan pula penulis ingin mengatakan ianya betul. Tetapi penulis ingin pembaca fikir sejenak, adakah makhluk yang bernama manusia mampu menyelam seperti ikan dilaut berpuluh jam lamanya? adakah burung yang bertebangan di langit yang terbentang luas mampu terbang ke perut angkasa? semestinya jawapannya, adalah mustahil. Ikan dan burung yang langsung tidak dikurniakan oleh sang pencipta dengan akal ditetapkan batasnya inikan pula makhluk yang bernama manusia yang mempunyai akal, pasti ada batas-batas yang perlu dibatasinya.

Apa yang ingin penulis kaitkan antara batas-batas yang perlu dibatasi dengan dugaan yang kita sering hadapi adalah kehidupan ini bukannya semuanya di dalam gengaman kita. Tetapi kehidupan ini semuanya di gengaman sang Pencipta. Kita hanyalah yang menurut perintah dan yang melaksanakan apa yang telah ditetapkan.....


Manusia,
Engkau dilahirkan dengan akal dan fikiran,
Engkau dipercukupkan pancaindera mu,
Engkau dipenuhkan dengan kenikmatan tidak terhingga,
Tetapi perilaku mengalahkan makhluk yang tiada apa-apa.....


brO J

Wednesday, July 4, 2012

nisfu syaaban

janganlah kita bangga dengan ibadat yg kita lakukan. Uban nabi ada 20 helai sahaja. Nabi ada pedang berat 1 tan. Allah ciptakan islam yg terbaik di dunia ini. Letakkan hidup kita pada perjuangan islam. Nak cinta Allah ikut lah nabi. Halwalatul iman datang bila banyak beribadat. Bersugi sebelum sembahyang. Buatla sunnah nabi walaupun kecil. Sikat rambut, minyak rambut,bersugi sblm solat walaupun menggunakan lengan. Kita syg kita akan taat. Sayang kerana Allah. Tidak beriman dikalangan kamu jikalau kamu tidak sayang orang lain seperti sayang diri sendiri. Pada mula jahat kemudian baik kemudian dia benci untuk jahat kembali.

Wednesday, May 16, 2012

Nikmat Syukur


Apa yang anda faham antara gambar yang tertera di atas ini dengan tajuk entri kali ini? Bila di lihat dengan mata  akan rasa bahawa tiada kaitan langsung antara gambar ikan yang sedang memakan ikan dengan nikmat syukur. Mungkin ada yang berkata:

"Lumrah alam la....nie...ikan makan ikan"
"Tak kan ikan nak makan benda lain memang ALLAH jadikan macam tu"

Ya memang ini lumrah alam ikan akan makan ikan atau ikan akan makan makanan ikan yang diberikan oleh tuannya jikalau ianya berada di aquarium. Tapi pernah atau tidak kita berfikir ikan ini langsung tiada rasa jemu dengan apa yang di makan walaupun makanan yang di makan itu sejak dari dia menetas dari telur sehingga dia akan mati. Lantas, pada waktu kelaparan sekalipun ikan ini tetap akan makan makanan umpama tidak pernah merasa makanan itu sebelum ini. Lihatlah haiwan bersyukur dengan rezeki yang ALLAH kurniakan pada dia walaupun mereka tahu ianya akan sama sentiasa.

Tapi bagaimana dengan kita?

Pernahkah kita bersyukur jikalau diberikan nikmat yang serupa setiap masa?Udara yang kita sedut setiap detik adakah kita bersyukur? Sedangkan udara itu sama sentiasa yang masuk ke salur pernafasan itu semuanya oksigen dan bukannya hidrogen mahupun nitrogen. Adakah kita bersyukur dengan nikmat itu?nikmat makan,ya barangkali ada orang makan makanan yang berlainan setiap kali sesi makan tapi adakah kita bersyukur dengan nikmat itu? ke arah manakah kita gunakan semua nikmat-nikmat itu?

Kadang-kadang kita lebih suka mengeluh daripada bersyukur.
Kadang-kadang kita lebih suka memujuk diri supaya sabar daripada syukur atas dugaan yang diberikan.
Kadang-kadang kita lebih suka memilih yang lain daripada syukur apa yang kita sudah ada.


Sunday, May 6, 2012

Nak couple boleh tak?



Tentu ramai yang tertanya-tanya. Tidak kurang juga yang tidak berpuas hati dengan pernyataan di atas. Ada yang kata hukumnya harus. Mungkin ada yang kata makruh. Sememangnya kenyataan ini menimbulkan banyak kontroversi, lebih-lebih lagi di kalangan muda-mudi sekarang.Apa Itu Ber ‘couple’?Ber‘couple’ merupakan suatu tradisi atau budaya yang telah dibudayakan oleh masyarakat remaja kini. Bermula dengan saling berpandangan mata, kemudian turun ke hati. Kemudian mereka akan saling mengutus senyuman dan cinta mula berputik. Bila rasa dah cukup sedia, masing-masing mula ‘masuk line’. Ada yang berbalas-balas nota, bagi yang lebih ‘advance’, teknologi SMS digunakan. Akhirnya apabila dua insan berlawanan jantina ini sudah saling suka-menyukai, mereka akan mengisytiharkan ikatan percintaan mereka dan kemudian ber‘couple’.Pasangan kekasih ini akan merapatkan hubungan mereka serapat-rapatnya. Kalau di kelas, buat study group ataupun group discussion. Bagi yang kreatif, kad-kad ucapan ‘hand made’ yang pelbagai warna dan rupa akan dikirimkan. Bagi yang mengikuti peredaran semasa, teknologi SMS akan dimanfaatkan sepenuhnya. Kata ganti diri pada asalnya aku-kau ditukar kepada saya-awak, atau bagi mereka yang lebih intim, abang-sayang dan sebagainya.Kalau diperhatikan pasangan-pasangan yang sedang asyik dilamun cinta ini,hidup mereka tidak menentu, diibaratkan ‘makan tak kenyang, tidur tak lena, mandi tak basah’. Ungkapan-ungkapan cinta seperti ‘sayang awak’, ‘love you’, ‘miss you’ dan sebagainya akan menjadi sebahagian ucapan harian mereka. Sentiasa ceria dan tersenyum gembira, mengenangkan Si Dia yang datang bertandang ke hati. Ada pasangan yang serius, sampaikan sanggup berjanji nak sehidup-semati. Sanggup bersumpah, setia hingga ke akhir hayat. Ada juga yang hanya sekadar bermain-main, untuk suka-suka, dan sebagainya. Ringkasnya, pelbagai ragam yang boleh dilihat daripada pasangan yang ber‘couple’ ini. Ada yang boleh meneruskan hubungan hingga ke jinjang pelamin dan ada juga yang kecundang di pertengahan perlayaran di lautan percintaan masing-masing.Mengapa Ber‘couple’ Haram?Ya, mengapa? Sekarang kita kembali kepada persoalan pokok. Di sinilah timbulnya kontroversi di antara kita. Bagi yang ber‘couple’, sudah tentu perasaan ingin tahu mereka sangat tinggi dan pelbagai hujah ingin dikeluarkan bagi mempertahankan kesucian cinta mereka itu.Sebagai seorang muslim, untuk menjawab persoalan ini, kita perlulah merujuk kembali kepada manual kita yang telah digarisi oleh Allah S.W.T. iaitu Al-Quran dan panduan iaitu As-Sunnah yang telah diwasiatkan kepada kita oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. yang sepatutnya menjadi pegangan hidup kita.Ada yang berkata, Allah telah menjadikan makhluk-Nya berpasang-pasangan, lelaki dan perempuan, mengapa tidak boleh bercinta atau ber ‘couple’? Memang tidak dinafikan, dalam Al-Quran Allah ada berfirman, seperti dalam Surah Yasin(36) ayat 36:“Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya, baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka maupun dari apa yang tidak mereka ketahui.”Dan juga firman-Nya dalam Surah Al-Hujurat(49) ayat 13:“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.”Meskipun begitu, ayat-ayat ini tidak menjelaskan yang kita boleh mengadakan hubungan percintaan dan berkasih kasihan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram. Banyak larangan Allah dalam Al-Quran yang melarang hubungan-hubungan ini. Percintaan bermula dari mata. Firman Allah dalam Surah An-Nur(24) ayat 30:“Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat."Dalam ayat ini, jelas Allah telah memerintahkan kita supaya kita menjaga pandangan kita daripada memandang perkara-perkara yang dilarang, termasuklah memandang wanita bukan mahram serta wajib bagi kita menjaga nafsu. Perintah ini bukan ditujukan kepada kaum Adam sahaja. Dalam ayat yang seterusnya Allah berfirman dalam Surah An-Nur(24) ayat 31:“Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, ...”Dua ayat dari Surah An-Nur ini sebenarnya terdapat dalam sukatan mata pelajaran Pendidikan Al-Quran & Sunnah tingkatan 5. Para pelajar tingkatan 5 sepatutnya lebih jelas akan perkara ini. Daripada ayat ini jelas Allah melarang lelaki dan perempuan bukan mahram daripada saling berpandang-pandanga n dengan niat untuk suka-suka, apatah lagi untuk memuaskan hawa nafsu.Dalil yang lebih kuat menentang hubungan percintaan ini terdapat dalam Surah Al-Israa’(17) ayat 32:“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.”Ayat ini memeng cukup popular di kalangan kita. Ramai yang apabila ditegur dengan ayat ini akan menjawab, “Kami tidak berzina. Kami berbual-bual je” , “Kami keluar makan je” dan “Kami main SMS je.” Dan pelbagai 1001 alasan lagi. Para pembaca, sila teliti firman Allah tadi. Dalam ayat ini, Allah melarang kita mendekati zina. Allah menggunakan kalimah ‘walaa taqrobuu’ (jangan hampiri) dan bukannya kalimah ‘walaa ta`maluu’ (jangan melakukan). Ini menunjukkan, walaupun kita hanya mendekati zina, ia sudah pun HARAM! Mungkin ada yang tidak jelas dengan maksud menghampiri di sini. Biar kita ambil contoh, jarak kita dengan dewan adalah 50 meter. Apabila kita melangkah setapak ke arah dewan, jarak antara kita dan dewan adalah 49.8 meter. Inilah dikatakan menghampiri dewan. Jadi, bercinta sebelum kahwin dan ber‘couple’ adalah menghampiri zina, dan menghampiri zina adalah HARAM.Ini adalah dalil-dalil daripada Al-Quran. Bagaimana pula dengan hadis rasul kita, Nabi muhammad S.A.W? Dalam hadis, baginda rasulullah telah memperincikan jenis-jenis zina. Daripada Abu Hurairah r.a katanya, Nabi S.A.W. bersabda :“Sesungguhnya Allah Ta’ala telah menetapkan nasib anak Adam mengenai zina. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Zina mata ialah memandang. Zina lidah ialah berkata. Zina hati ialah keinginan dan syahwat, sedangkan faraj (kemaluan) hanya menuruti atau tidak menuruti”[1]Hadis kedua; Daripada Abu Hurairah r.a., dari Nabi S.A.W. sabdanya:“Nasib anak Adam mengenai zina telah ditetapkan. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Dua mata, zinanya memandang. Dua telinga, zinanya mendengar. Lidah, zinanya berkata. Tangan, zinanya memukul. Kaki, zinanya melangkah. Hati, zinanya ingin dan rindu, sedangkan faraj (kemaluan) hanya mengikuti atau tidak mengikuti.”[2]Daripada dua hadis ini, jelas Rasulullah menenyenaraikan bahangian-bahagian zina. Apabila kita memandang Si Dia dengan sengaja, menatapi wajahnya, dan sebagainya, zina mata berlaku. Apabila lidah kita digunakan untuk mengeluarkan kata-kata manis serta puitis, untuk memenangi hati Si Dia, membuatkan Si Dia tertarik kepada kita, lidah berzina. Apabila kita mendengar serta menghayati kelunakan suaranya, telinga berzina. Apabila berpegangan tangan, berjalan bersama ke arah menghampiri zina, tangan dan kaki berzina. Tetapi, yang paling bahaya ialah, apabila kita merindui Si Dia, memikirkan-mikirkan tentangnya, kecantikannya, ketampanannya, sifat penyayangnya, betapa kecintaannya kepada kita, zina tetap berlaku. Biarpun tidak bersua dari segi pancaindera, hati boleh berzina. Tidak mungkin sesuatu hubungan percintaan itu tidak melibatkan penglihatan, percakapan, pendengaran dan perasaan. Sudah terang lagikan bersuluh, percintaan sebelum berkahwin dan ber‘couple’ adalah menghampiri zina dan hukumnya adalah HARAM.Apa Yang Patut Dilakukan?Bagi yang belum terjebak, adalah dinasihatkan jangan sekali-kali menjerumuskan diri ke lembah percintaan. Susah untuk meninggalkan suatu perbuatan maksiat seperti ini setelah merasai kenikmatannya. Silap-silap boleh terlanjur dan langsung tidak dapat meninggalkannya lagi. Bagi yang sudah terjebak, sedang, ataupun yang mula berjinak-jinak dengan percintaan, sedarlah. Segeralah kita meninggalkan perbuatan maksiat yang tidak diredhai lagi dimurkai Allah ini. Tiada gunanya kita terus melakukan dosa demi meneruskan hubungan terlarang ini demi mendapatkan kebahagiaan duniawi yang sementara ini. Hanya satu jalan sahaja yang menghalalkannya iaitu melalui ikatan pernikahan.Bagi pasangan-pasangan yang benar-benar serius, diingatkan, semakin manis hubungan sebelum berkahwin, semakin tawar hubungan selepas menjadi suami isteri nanti. Lihatlah ibu-bapa serta atuk nenek kita, keutuhan rumah tangga mereka boleh dilihat sehingga kini tanpa melalui zaman percintaan yang diimpikan remaja-remaja kini.Setiap dari kita tentu mengidamkan pasangan hidup yang baik. Kita tidak mahu pasangan kita seorang yang tidak beriman. Seburuk-buruk perangai manusia, dia tetap menginginkan seseorang yang bain sebagai teman hidupnya.Firman Allah dalam Surah An-Nuur(24) ayat 26:“Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula).”Janji Allah, Dia akan mengurniakan kepada lelaki yang baik-baik dengan perempuan yang baik-baik. Begitulah sebaliknya. Allah akan berikan yang baik, dengan syarat, kita juga berusaha menjadi baik serta memilih jalan yang baik serta diredhai-Nya. Bagaimana hendak mendapatkan sebuah keluarga yang bahagia serta diredhai Allah jika pokok pangkal permulaannya sudah pincang, tidak berlandaskan Islam serta tidak diredhai Allah? Mungkin pada mulanya kita menganggap perkara yang kita lakukan ini cukup baik, niatnya baik, caranya pun kita rasakan cukup baik.tetapi sebenarnya, ia adalah rencana syaitan yang membuatkan kita kabur memandang perbuatan yang kita lakukan itu.Firman Allah dalam Surah Al-‘ankabut(29) , ayat 38:“Dan setan menjadikan mereka memandang baik perbuatan-perbuatan mereka, lalu ia menghalangi mereka dari jalan (Allah), sedangkan mereka adalah orang-orang yang berpandangan tajam.”Sebenarnya, dalam Islam, lelaki dan perempuan tidak dibenarkan bergaul terlalu rapat, sehingga menjadi teman karib dan sebagainya. Lelaki tidak boleh menghampiri perempuan dan perempuan tidak boleh menghampiri lelaki sesuka hati tanpa sebab. Tetapi Islam membenarkan apabila ada keperluan dan tujuan yang benar-benar perlu. Misalnya apabila ditugaskan mengadakan perbincangan dalam kumpulan besar yang melibatkan lelaki dan perempuan atau perlu berbincang mengenai sesuatu yang penting. Untuk berbual-bual kosong atau bergurau senda tanpa tujuan tertentu adalah tidak dibenarkan. Apatah lagi untuk saling meluahkan perasaan dan sebagainya. Cukuplah kaum sejenis sendiri untuk dijadikan teman karib dan tempat berbincang masalah.Perasaan suka dan cinta adalah dua perkara yang berbeza. Tak salah bagi seseorang lelaki untuk menyukai seseorang perempuan dan seseorang perempuan menyukai seorang lelaki. Tapi, perasaan ini tidak boleh dilayan dan difikir-fikirkan kerana ianya merupakan hasutan syaitan yang membawa kepada zina hati. Sepatutnya apabila kita terfikir mengenai perkara-perkara ini, kita hendaklah menepisnya dan berhenti terus daripada memikirkannya.Firman Allah dalam Surah Al-A’raf ayat 201:“Dan jika kamu ditimpa sesuatu godaan setan, maka berlindunglah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”Para pembaca diingatkan, semua hujah-hujah yang telah diberikan adalah berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah, perintah Allah dan Rasul-Nya. Jika kita menolaknya, sebenarnya kita menolak perintah Allah dan Rasul. Na’uzubillah.Firman Allah dalam Surah Al-Anfal(8), ayat 20-22:“Hai orang-orang yang beriman, taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya, dan janganlah kamu berpaling daripada-Nya, sedang kamu mendengar (perintah-perintah- Nya),(20) dan janganlah kamu menjadi sebagai orang-orang (munafik) yang berkata: "Kami mendengarkan, padahal mereka tidak mendengarkan. (21) Sesungguhnya makhluk bergerak yang bernyawa yang paling buruk pada sisi Allah ialah orang-orang yang pekak dan tuli (tidak mendengar dan tidak memahami kebenaran) yaitu orang-orang yang tidak mengerti.(22) .Orang yang paling buruk dalam pandangan Allah ialah mereka yang tidak mahu menuruti perintah-perintah Allah. Janganlah kita tergolong dalam golongan ini. Balasan bagi golongan ini ialah neraka jahannam seperti firman Allah dalam Surah Aj-Jaatsiyah( 45) ayat 7-11:“Kecelakaan yang besarlah bagi tiap-tiap orang yang banyak berdusta lagi banyak berdosa,(7) dia mendengar ayat-ayat Allah dibacakan kepadanya kemudian dia tetap menyombongkan diri seakan-akan dia tidak mendengarnya. Maka beri kabar gembiralah dia dengan azab yang pedih.(8) Dan apabila dia mengetahui barang sedikit tentang ayat-ayat Kami, maka ayat-ayat itu dijadikan olok-olok. Merekalah yang memperoleh azab yang menghinakan. (9) Di hadapan mereka neraka Jahanam dan tidak akan berguna bagi mereka Sedikit pun apa yang telah mereka kerjakan, dan tidak pula berguna apa yang mereka jadikan sebagai sembahan-sembahan (mereka) dari selain Allah. Dan bagi mereka azab yang besar.(10) Ini (Al Qur'an) adalah petunjuk. Dan orang-orang yang kafir kepada ayat-ayat Tuhannya bagi mereka azab yaitu siksaan yang sangat pedih.(11)”Akhir sekali, ambillah Islam secara syumul,bukan hanya ambil Islam pada perkara yang disukai, tetapi kita tinggalkan sebahagian yang lain yang tidak sesuai dengan kehendak kita. Firman Allah dalam Surah An-Nisaa’(4) ayat 150-151 :“ Sesungguhnya orang-orang yang kafir kepada Allah dan rasu-rasul-Nya, dan bermaksud memperbedakan antara (keimanan kepada) Allah dan rasul-rasul- Nya, dengan mengatakan: "Kami beriman kepada yang sebahagian dan kami kafir terhadap sebahagian (yang lain)", serta bermaksud (dengan perkataan itu) mengambil jalan (tengah) di antara yang demikian (iman atau kafir),(150) merekalah orang-orang yang kafir sebenar-benarnya. Kami telah menyediakan untuk orang-orang yang kafir itu siksaan yang menghinakan. (151).”Kembalilah ke jalan yang lurus. Tinggalkanlah perkara-perkara maksiat yang telah kita lakukan sebelum ini. Bertaubatlah sementara kita masih ada kesedaran, jangan tunggu sampai kita dibiarkan sesat oleh Allah sehingga hati kita tertutup untuk menerima kebenaran, Surah Aj-Jaatsiah( 45) ayat 23:“ Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya, dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmu-Nya dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya? Maka siapakah yang akan memberinya petunjuk sesudah Allah (membiarkannya sesat). Maka mengapa kamu tidak mengambil pelajaran?”Memang pada mulanya untuk meninggalkan maksiat-maksiat ini amat susah, tetapi,ia masih wajib kita tinggalkan. Ingatlah Allah berfirman dalam Surah Al-Baqarah(2) ayat 216:“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”Sekali lagi ditegaskan, bercinta sebelum berkahwin dan ber‘couple’ adalah menghampiri zina. Ia adalah perbuatan yang dilarang dalam Islam dan hukumnya adalah HARAM. Wallahua’lam.

Friday, April 20, 2012

Selalu Kita Terlepas Pandang





                                                                                                                     (Surah Al-ankabut 29:45)

Maksudnya:

Dan sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar.

Ya. Ini yang aku ingin "highlight"kan untuk entri kali ini. Sebab bagi aku jika sempurna solat seseorang maka sempurnalah kehidupan dia sama ada didunia mahupun akhirat.Sedar atau tidak sedar sebenar dalam solat, ada terselitnya sebahagian rukun Islam.

Sebagai contoh dalam solat kita mengucap dua kalimah syahadah kan. Secara tidak langsung jikalau kita solat kita sudah memperbaharui syahadah kita. Dah sempurna sebahagian rukun Islam yang pertama.

Seterusnya dalam solat juga kita pun berpuasa. Selama aku hidup ini belum pernah aku lihat orang makan ketika solat. Kalau makan pun confirm-confirm solat dia dah terbatal secara langsungkan.

Dalam solat juga jikalau kita perhatikan secara menyeluruh kita boleh menganggap kita telahpun mengerjakan haji sebab jasad kita sahaja disini tetapi hati kita, naluri kita dan pemikiran kita, kita tujukan ke Baitullah.

Tapi apa aku senaraikan ini bukan bermaksud dengan solat sahaja sudah terlaksanalah semua rukun islam. Bukan begitu maksud ku. Tetapi apa yang aku ingin ke utarakan bahawa indahnya pensya'riatan solat itu sendiri dan mungkin ini yang terselit dalam solat.

Dengan solat juga daripada apa yang kita lihat dalam tafsir Al-Quran seperti yang tertera di atas menunjukkan juga solat mampu mengubah sikap dan personaliti seseorang. Dengan solat juga mampu membentuk seseorang menjadi budi pekerti yang mulia. Indahnya solat itu.

Barangkali jikalau setiap pencuri di muka bumi ini dipaksa solat sekhusyuk-khusyuknya pasti dia akan terjelepuk jatuh tersungkur ditanah yang mekar dan menyesal apa yang di lakukan.

Moga-moga nukilan yang tidak seberapa ini mampu menyedarkan kita bahawa kepentingan solat itu bukan hanya terlaksana tetapi menjaganya juga.

br0 J

Saturday, April 14, 2012

Siapa kita untuk dipandang tinggi


Kadang-kadang aku pelik melihat manusia yang bangga-bangga dengan apa yang dia ada. Ingin menguar-uarkan apa yang dia ada. Mahu di heboh sana sini sehinggakan mahu di "tweet"kan dan di "facebook"kan.

Barang kali ada pembaca yang mungkin yang akan berceloteh

"Ala....engkau jeleskan engkau tidak ada. Itu yang engkau buat entri ni"

"Ala....itu urusan dia bukan urusan engkau pun"

"Yang engkau sibuk-sibuk sangat apasal"

"Duit dia suka hati dia lah nak buat apa"

Memang aku tidak nafikan semua persoalan ini akan tibul dibenakmu wahai pembaca tapi aku menulis ini bukan atas dasar aku tidak memilikinya, aku jeles dengannya dan bukan juga atas dasar aku "busybody" dengan apa yang kamu semua ada:

-pangkat
-gadeget
-kereta
-handphone
-gf/bf 
-etc

Bagi aku semua itu "bonus" didunia dan barangkali semua itu boleh dijadikan sebagai ujian daripada ALLAH s.w.t untuk pemiliknya.

Ya. Siapa tahu aturan sang Pencipta untuk hamba-hambanya DIA mampu menjadikan yang terbaik untuk kita dan DIA mampu melakukan seburuk-buruknya kepada kita. Semua itu tidak mustahil untuk berlaku di alam ini yang ditadbir olehNYA

Tapi masih ada manusia yang celik matanya tapi buta hatinya. Mungkin inilah musabab kenapa manusia uar-uarkannya:

Mungkin sebab mereka melihat manusia lain tidak mampu untuk memiliki apa dia ada barangkali. 
Atau 
Mungkin dia merasakan dia ketinggalan jika tidak memiliki. 
Atau
Boleh jadi dia merasa hebat jika ianya menjadi kepunyaannya.

Siapa sangka semua ini akan terdetik di dalam hati kita pada suatu ketika jika kita memilikinya. Mungkin esok kita akan berniat sebegitu juga siapa sangka.

Ingatlah wahai pembaca sekalian,

Setaip apa yang kita lakukan di dunia ini sama ada tersembunyi atau tidak akan disoal diakhirat kelak. Walaupun ianya sebesar zarah sekalipun.



1) Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang sedahsyat-dahsyatnya.
2)Serta bumi itu mengeluarkan segala isinya
3)Dan berkatalah manusia(dengan perasaan gerun),"Apa yang sudah terjadi kepada bumi?,
4)Pada hari itu bumipun menceritakan khabar beritanya:
5)Bahawa  Tuhanmu telah memerintahkannya (berlaku demikian)
6)Pada hari itu manusia akan keluar berselerak(dari kubur masing-masing)- untuk diperlihatkan kepada mereka(balasan) ama-amal mereka.
7) Maka sesiapa berbuat kebaikan sebesar zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalannya)
8) dan sesiapa berbuat kejahatan sebesar zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya).

Inilah janji ALLAH s.w.t wahai pembaca sekalian......

Wallahu3lam.....


br0 J

Tuesday, April 10, 2012

Aku Seorang Pendosa

Jikalau kita berbicara tentang akademik mesti akan ada mereka yang berkata:

" Saya sudah mahir dengan apa yang anda lakukan"
"Saya ada ijazah kedoktoran dalam bidang itu"

Lihatlah begitu angkuhnya kita dgn apa yang kita ada sedangkan ilmu yang kita ada itu kalu nak di bandingkan dengan ilmu yang ada didunia ini hanyalah madu yang terlekat di hujung macis yang di celup dalam bekas yg berisi madu.

Lihatlah wahai pembaca sekalian sedikit sungguh ilmu yang ada pada kita. Tapi kita sibuk dengan sifat angkuh kita yang kononnya kitalah seorang yang terpelajar.

Sedarlah wahai manusia,

Sesungguhnya senario yang berlaku ini menyebabkan kita adalah seorang yang pendosa

Dosa 1

kita berdosa kerana sifat angkuh.
Sifat angkuh hanyalah untuk Allah s.w.t. Hanya ALLAH sahaja yang mempunyai sifat ini bukannya kita yang hanya bergelar hamba.

Dosa 2

kita berdosa kerana kita menghina orang yang berada di bawah kita.
Sebenarnya sebelum kita berada ditempat yang kita berdiri itu sedarlah kita juga seperti mereka yang dahulunya tidak mengerti
apa-apa, jahil dan dungu seperti mereka dahulu.

Dosa 3

kita berdosa kerana mensia-siakan waktu kita belajar.
Saya berkata begini kerana atas sifat angkuh kita, sifat angkuh kitalah yang menyebabkan segala apa yang kita buat semasa kita belajar tidak akan diterima satu apa sekalipun.

Lihatlah wahai pembaca sekalian di sebabkan satu sifat angkuh 3 jenis dosa kita pikul. Dengan sedar ataupun tidak sedar, kita kena pikul dosa-dosa ini. Dan tidak mustahillah jikalau dosa-dosa inilah yang akan menghijabkan kita dengan syurga-syurga ALLAH s.w.t

Marilah wahai pembaca sekaliann marilah kita sama-sama mengawal segala percakapan kita. Meneliti kembali apa percakapan kita dan berfikir sebelum berbicara.

Tidak hairanlah jikalau ianya ada bersangkutan dengan pepatah melayu "Terlajak perahu boleh diundur, Terlajak kata buruk padahnya"

Dan ada juga kata-kata pujangga "Diam itu lebih baik dari berkata-kata"

Wallahu'alam

Sedarkah KIta????

Sedarkah Kita.....
Segala apa yang kita lakukan ini semuanya bukan seperti yang kita impikan dan bukannya apa yang kita mimpikan...seperti yang kita rancang dikala waktu kita kecil dahulu...

Sedarkah Kita.....
Hidup kita ini bukan seperti satu karangan novel yang mana kita mampu mengubah plot ceritanya yang sedih kita bawa ke permulaan cerita yang gembira kita letakannya di penghujung cerita dan di tengah-tengah cerita kita selit kan pergolakan sebagai klimaks cerita untuk di nikmati....

Sedarkah Kita.....
Bahawa kita lebih takut gagal dalam arus kehidupan di dunia daripada gagal di muka pengadilan dihadapan ALLAH di akhirat kelak...

Sedarkah Kita.....
Bumi ini ada jangka hayat yang telah hampir kepada penghancurannya yang mana bukit-bukau yang selama ini manjadi pasak-pasak bumi akan hancur lebur deng tiupan sangka-kala......

Sedakah Kita...
Makhluk yang kita cintai dan kita sayangi akan tinggalkan kita de pembaringan kubur yang sunyi sempit dan berbau...

Sedarkah Kita....
Kita takut kehilangan kuasa, pangkat dan harta di bumi ini daripada kita takut kehilangan darjat di sisi ALLAH s.w.t

Friday, February 24, 2012

Mahabbah Kepada Nabi S.A.W dan ALLAH S.W.T

Alhamdulillah bersyukur admin kepada Yang Maha Esa kerana diberikan nikmat hidup, nikmat Islam dan nikmat kekuatan untuk berdakwah di muka bumi ini untuk amar makruf nahi mungkar. Rasanya walaupun sudah sehari berlalu bulan kelahiran rasul junjungan kita atau lebih di kenali dengan bulan Rabi'ul Awal tapi bagi admin untuk menulis entri ini yang betajuk sebegini tidak semestinya hanya waktu dan tarikh yang bertepatan dengan waktu kelahiran rasul junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. Bagi admin semua itu terpulang pada individu-individu untuk berbuat demikian.

Mahabbah atau boleh diterjemahkan yang bermaksud cinta adalah sinonim dengan seorang remaja. Seperti yang kita sedia maklum perasaan ini sering dibelenggu oleh anak-anak remaja yang mana kita boleh mengklasifikasikan golongan mereka yang berumur antara 13 tahun hingga ke 25 tahun atau mungkin boleh sampai ke umur 28 tahun wallahu'alam tapi begitulah sunatullah yang telah ditetapkan oleh ALLAH S.W.T di muka bumi ini. Perasaan cinta ini sepatutnya disemai dalam diri seorang remaja hanya kepada khaliq (Pencipta) dan juga kepada Nabi S.A.W tetapi disebabkan terikut dengan budaya barat barangkali atau mungkin terpengaruh dengan hasutan syaitan makan golongan ini yang sepatutnya tidak rapuh dengan hasutan syaitan mahupun nafsu telah terjerumus dengan perkara yang nauzubillah pahit untuk diperkatakan tetapi inilah hakikatnya. Jikalau kita mengimbau kembali zaman Rasulullah S.A.W remajanya. Masya ALLAH adalah jauh sama sekali dengan zaman kini.

Mari kita lihat riwayat hidup Jabir R.A. dimana Jabir ini tuan-tuan sekalian sanggup mengorbankan cinta demi agama ALLAH dan Nabi S.A.W walaupun nabi pernah bertanya kepada Jabir R.A:

“Mengapa tidak menikah dengan seorang gadis yang bisa engkau cumbu dan bisa mencumbuimu” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Tapi apa jawab Jabir R.A wahai pembaca-pembaca sekalian.

“Wahai Rasulullah, saya memiliki saudara-saudara perempuan yang berjiwa keras, saya tidak mau membawa yang keras juga kepada mereka. Janda ini saya harapkan mampu menyelesaikan permasalahan tersebut.”kata Jabir. “Benar katamu” jawab Nabi saw.

Ini jawab Jabir R.A dia mampu untuk menikahi gadis perawan yang cantik dan masih muda tapi semua itu hanya untuk kesenanagan dirinya sahaja tapi bukan untuk berdakwah. Lihatlah wahai pembaca-pembaca sekalian betapa tingginya darjat cinta seorang remaja dizaman Rasulullah S.A.W mereka sanggup korbankan cinta dunia demi mendapatkan cinta yang hakiki di akhirat kelak. Hendak di bandingkan dengan kita amat jauh berbeza tuan-tuan sekalian. Malah ada remaja yang ada menanam azam " aku tidak akan kawin dengan janda". Lihatlah tuan-tuan pembaca sekalian betapa jauh bezanya pemikiran remaja zaman Nabi S.A.W dengan kita tuan-tuan pembaca sekalian. Tidak kurang itu malah ada yang berangan-angan untuk memperisterikan wanita putih melepak, gebu dan sedap mata orang ramai menatapnya.

Riwayat yang lain pula Sa’ad bin Rabi yang mempunyai dua orang isteri tuan-tuan sekalian sanggup mengorbankan cintanya kepada isterinya dengan cara hendak menceraikan salah seorang untuk dikahwinkannya dengan saudara baru ketika itu iaitu Abdul Rahman bin Auf yang ketika itu Abdul Rahman tidak lagi beristeri.

“Saya memiliki dua isteri sedangkan engkau tidak memiliki isteri. Pilihlah seorang diantara mereka yang engkau suka, sebutkan mana yang engkau pilih, akan saya ceraikan dia untuk engkau nikahi. Kalau iddahnya sudah selesai maka nikahilah dia” (Riwayat Bukhari)

Wahai pembaca-pembaca sekalian mampukan kita beramal dengan sepotong hadis ini???

“Perumpamaan orang-orang mukmin dalam cinta, kasih sayang dan kelembutan hati mereka adalah seperti satu tubuh. Apabila satu anggota tubuh menderita sakit, terasakanlah sakit tersebut di seluruh tubuh hingga tidak bisa tidur dan panas” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sanggup mengorban cinta kita???

Kata Ibrahim al-Khawwas r.a " Mahabbah(cinta) adalah menghapus segala kehendak , membakar semua sifat dan hajat serta meneggelamkan dari dalam lautan isyarat"


Engkau derhaka
Tapi mengaku cinta pada-NYA
Inilah keanehan zamanku
Jika benar engkau cinta
Tentulah mentaati-NYA
Selalu
Pencinta akan taat pada kekasihnya!

Friday, October 28, 2011

Apa yang dikatakan sahabat...

Memang mudah untuk kita mengatakan "Oh dia sahabatku", tetapi adakah kita mengerti erti sebenar sesuatu ikatan yang dinamakan sahabat? adakah sahabat itu kawan?adakah sahabat itu teman tapi mesra?atau sahabat itu adalah sejenias kuih ala-ala lompat tikam?...hehe....semua itu bukan. Dari Wikipedia Indonesia:

""Ash-Shabi (sahabat) ialah orang yang bertemu dengan Rasulullah SAW, beriman kepada beliau dan meninggal dalam keadaan Islam"

Dari Kamus Pelajar:

"Sahabat ialah orang yg dikenal rapat dan disukai tetapi tidak bersaudara dgnnya"

Maka di sini kita boleh meninterpretasikan bahawa sahabat adalah seseorang yang kita pernah jumpa, rapat dan kita menyukainya. Mari kita kupas satu-satu dari segi logik akal mudah-mudahan kitaaa mengerti apa yang dikatakan sahabat. Sekiranya kita pernah jumpa seseorang dalam satu masa sekalipun kemudian kita hanya mampu mesej atau berhubung secara maya ia mampu juga untuk dikatakan sebagai seorang sahabat.Selain itu juga sahabat itu juga adalah seorang yang kita rapat. Di mana rapat ini bermaksud seorang yang kita percaya pada dia. Sebagai contoh segala biodata kita segala cerita-cerita sulit tentang kita, dia sudah mengetahuinya. Seorang sahabat juga adalah seorang yang kita suka BUKANnya yang kita CINTA....(^_^). Sebagai contoh, jikalau si dia suka memancing seperti kita, kita akan rasa selesa dan akan terdetik di hati kita....akan selalu keluar memancing dengan si dia betulkan? Mari kita mengorak langkah seterusnya untuk mengetahui bagaimana yang dikatakan sahabat di zaman RAsulullah S.A.W. Di sini kita akan mengetahui kisah seorang sahabat nabi yang bernama Uwais Al-Qarni....(^_^):


"Pada zaman Nabi Muhammad SAW, ada seorang pemuda bermata biru,rambutnya merah, pundaknya lapang panjang, berpenampilan cukup tampan,kulitnya kemerah-merahan, dagunya menempel di dada selalu melihat padatempat sujudnya, tangan kanannya menumpang pada tangan kirinya, ahli membaca Al Qur’an dan menangis, pakaiannya hanya dua helai sudah kusut yang satu untuk penutup badan dan yang satunya untuk selendangan,tiada orang yang menghiraukan, tak dikenal oleh penduduk bumi akan tetapi sangat terkenal di langit. Dia, jika bersumpah demi Allah pasti terkabul. Pada hari kiamat nanti ketika semua ahli ibadah dipanggil disuruh masuk surga, dia justru dipanggil agar berhenti dahulu dan disuruh memberi syafa’at, ternyata Allah memberi izin dia untuk memberi syafa’at sejumlah qobilah Robi’ah dan qobilah Mudhor, semua dimasukkan surga tak ada yang ketinggalan karenanya. Dia adalah “Uwais al-Qarni”. Ia tak dikenal banyak orang dan juga miskin, banyak orang suka menertawakan, mengolok-olok, dan menuduhnya sebagai tukang membujuk, tukang mencuri serta berbagai macam umpatan dan penghinaan lainnya. Seorang fuqoha’ negeri Kuffah, karena ingin duduk dengannya, memberinya hadiah dua helai pakaian, tapi tak berhasil dengan baik,karena hadiah pakaian tadi diterima lalu dikembalikan lagi olehnya seraya berkata : “Aku khawatir, nanti sebagian orang menuduh aku, dari mana kamu dapatkan pakaian itu, kalau tidak dari membujuk pasti dari
mencuri”.Pemuda dari Yaman ini telah lama menjadi yatim, tak punya sanak famili kecuali hanya ibunya yang telah tua renta dan lumpuh. Hanya penglihatan kabur yang masih tersisa. Untuk mencukupi kehidupannya
sehari-hari, Uwais bekerja sebagai penggembala kambing. Upah yang diterimanya hanya cukup untuk sekedar menopang kesehariannya bersama Sang ibu, bila ada kelebihan, ia pergunakan untuk membantu tetangganya yang hidup miskin dan serba kekurangan seperti keadaannya. Kesibukannya sebagai penggembala domba dan merawat ibunya yang lumpuh dan buta, tidak mempengaruhi kegigihan ibadahnya, ia tetap melakukan puasa di siang hari dan bermunajat di malam harinya. Uwais al-Qarni telah memeluk Islam pada masa negeri Yaman mendengar seruan Nabi Muhammad SAW. yang telah mengetuk pintu hati mereka untuk menyembah Allah, Tuhan Yang Maha Esa, yang tak ada sekutu bagi-Nya.Islam mendidik setiap pemeluknya agar berakhlak luhur. Peraturan-peraturan yang terdapat di dalamnya sangat menarik hati Uwais, sehingga setelah seruan Islam datang di negeri Yaman, ia segera memeluknya, karena selama ini hati Uwais selalu merindukan datangnya kebenaran. Banyak tetangganya yang telah memeluk Islam, pergi ke
Madinah untuk mendengarkan ajaran Nabi Muhammad SAW secara langsung. Sekembalinya di Yaman, mereka memperbarui rumah tangga mereka dengan cara kehidupan Islam. Alangkah sedihnya hati Uwais setiap melihat tetangganya yang baru datang dari Madinah. Mereka itu telah “bertamu dan bertemu” dengan
kekasih Allah penghulu para Nabi, sedang ia sendiri belum. Kecintaannya kepada Rasulullah menumbuhkan kerinduan yang kuat untuk bertemu dengan sang kekasih, tapi apalah daya ia tak punya bekal yang cukup untuk ke Madinah, dan yang lebih ia beratkan adalah sang ibu yang jika ia pergi, tak ada yang merawatnya.
Di ceritakan ketika terjadi perang Uhud Rasulullah SAW mendapat cedera dan giginya patah karena dilempari batu oleh musuh-musuhnya. Kabar ini akhirnya terdengar oleh Uwais. Ia segera memukul giginya dengan batu hingga patah. Hal tersebut dilakukan sebagai bukti kecintaannya kepada beliau SAW, sekalipun ia belum pernah melihatnya. Hari berganti dan musim berlalu, dan kerinduan yang tak terbendung membuat hasrat untuk bertemu tak dapat dipendam lagi. Uwais merenungkan diri dan bertanya dalam hati, kapankah ia dapat menziarahi Nabinya dan memandang wajah beliau dari dekat ? Tapi, bukankah ia mempunyai ibu yang sangat membutuhkan perawatannya dan tak tega ditingalkan sendiri, hatinya selalu gelisah siang dan malam menahan kerinduan untuk berjumpa. Akhirnya, pada suatu hari Uwais mendekati ibunya, mengeluarkan isi hatinya dan memohon izin kepada ibunya agar diperkenankan pergi menziarahi Nabi SAW di Madinah. Sang ibu, walaupun telah uzur, merasa terharu ketika mendengar permohonan anaknya. Beliau memaklumi perasaan Uwais, dan berkata : “Pergilah wahai anakku ! temuilah Nabi di rumahnya. Dan bila telah berjumpa, segeralah engkau kembali pulang”. Dengan rasa gembira ia berkemas untuk berangkat dan tak lupa menyiapkan keperluan ibunya yang akan ditinggalkan serta berpesan kepada tetangganya agar dapat menemani ibunya selama ia pergi. Sesudah berpamitan sambil menciumi sang ibu, berangkatlah Uwais menuju Madinah yang berjarak kurang lebih empat ratus kilometer dari Yaman. Medan yang begitu ganas dilaluinya, tak peduli penyamun gurun pasir, bukit yang curam, gurun pasir yang luas yang dapat menyesatkan dan begitu panas di siang hari, serta begitu dingin di malam hari, semuanya dilalui demi bertemu dan dapat memandang sepuas-puasnya paras baginda Nabi SAW yang selama ini dirindukannya. Tibalah Uwais al-Qarni di kota Madinah. Segera ia menuju ke rumah Nabi SAW, diketuknya pintu rumah itu sambil mengucapkan salam. Keluarlah sayyidatina ‘Aisyah r.a., sambil menjawab salam Uwais. Segera saja Uwais menanyakan Nabi yang ingin dijumpainya. Namun ternyata beliau SAW tidak berada di rumah melainkan berada di medan perang. Betapa kecewa hati sang perindu, dari jauh ingin berjumpa tetapi yang dirindukannya tak berada di rumah. Dalam hatinya bergolak perasaan ingin menunggu kedatangan Nabi SAW dari medan perang. Tapi, kapankah beliau pulang ? Sedangkan masih terngiang di telinga pesan ibunya yang sudah tua dan sakit-sakitan itu, agar ia cepat pulang ke Yaman,” Engkau harus lekas pulang”. Karena ketaatan kepada ibunya, pesan ibunya tersebut telah mengalahkan suara hati dan kemauannya untuk menunggu dan berjumpa dengan Nabi SAW. Ia akhirnya dengan terpaksa mohon pamit kepada sayyidatina ‘Aisyah r.a. untuk segera pulang ke negerinya. Dia hanya menitipkan salamnya untuk Nabi SAW dan melangkah pulang dengan perasaan haru. Sepulangnya dari perang, Nabi SAW langsung menanyakan tentang kedatangan orang yang mencarinya. Nabi Muhammad SAW menjelaskan bahwaUwais al-Qarni adalah anak yang taat kepada ibunya. Ia adalah penghuni langit (sangat terkenal di langit). Mendengar perkataan baginda Rosulullah SAW, sayyidatina ‘Aisyah r.a. dan para sahabatnya tertegun. Menurut informasi sayyidatina ‘Aisyah r.a., memang benar ada yang mencari Nabi SAW dan segera pulang kembali ke Yaman, karena ibunya sudah tua dan sakit-sakitan sehingga ia tidak dapat meninggalkan ibunya terlalu lama. Rosulullah SAW bersabda : “Kalau kalian ingin berjumpa dengan dia (Uwais al-Qarni), perhatikanlah, ia mempunyai tanda putih di tengah-tengah telapak tangannya.” Sesudah itu beliau SAW, memandang kepada sayyidina Ali k.w. dan sayyidina Umar r.a. dan bersabda : “Suatu ketika, apabila kalian bertemu dengan dia, mintalah do’a dan istighfarnya, dia adalah penghuni langit dan bukan penghuni bumi”. Tahun terus berjalan, dan tak lama kemudian Nabi SAW wafat, hingga kekhalifahan sayyidina Abu Bakar ash-Shiddiq r.a. telah di estafetkan Khalifah Umar r.a. Suatu ketika, khalifah Umar teringat akan sabda Nabi SAW. tentang Uwais al-Qarni, sang penghuni langit. Beliau segera mengingatkan kepada sayyidina Ali k.w. untuk mencarinya bersama. Sejak itu, setiap ada kafilah yang datang dari Yaman, beliau berdua selalu menanyakan tentang Uwais al-Qorni, apakah ia turut bersama mereka. Diantara kafilah-kafilah itu ada yang merasa heran, apakah sebenarnya yang terjadi sampai-sampai ia dicari oleh beliau berdua. Rombongan kafilah dari Yaman menuju Syam silih berganti, membawa barang dagangan mereka. Suatu ketika, Uwais al-Qorni turut bersama rombongan kafilah menuju kota Madinah. Melihat ada rombongan kafilah yang datang dari Yaman,
segera khalifah Umar r.a. dan sayyidina Ali k.w. mendatangi mereka dan menanyakan apakah Uwais turut bersama mereka. Rombongan itu mengatakan bahwa ia ada bersama mereka dan sedang menjaga unta-unta mereka di perbatasan kota. Mendengar jawaban itu, beliau berdua bergegas pergi menemui Uwais al-Qorni. Sesampainya di kemah tempat Uwais berada,Khalifah Umar r.a. dan sayyidina Ali k.w. memberi salam. Namun rupanya Uwais sedang melaksanakan sholat. Setelah mengakhiri shalatnya, Uwaismenjawab salam kedua tamu agung tersebut sambil bersalaman. Sewaktu berjabatan, Khalifah Umar segera membalikkan tangan Uwais, untukmembuktikan kebenaran tanda putih yang berada ditelapak tangan Uwais, sebagaimana pernah disabdakan oleh baginda Nabi SAW. Memang benar ! Dia penghuni langit. Dan ditanya Uwais oleh kedua tamu tersebut, siapakah nama saudara ? “Abdullah”, jawab Uwais. Mendengar jawaban itu, kedua sahabatpun tertawa dan mengatakan : “Kami juga Abdullah,yakni hamba Allah. Tapi siapakah namamu yang sebenarnya ?” Uwais kemudian berkata: “Nama saya Uwais al-Qorni”. Dalam pembicaraan mereka, diketahuilah bahwa ibu Uwais telah meninggal dunia. Itulah sebabnya, ia baru dapat turut bersama rombongan kafilah dagang saat itu. Akhirnya, Khalifah Umar dan Ali k.w. memohon agar Uwais berkenan mendo’akan untuk mereka. Uwais enggan dan dia berkata kepada khalifah: Sayalah yang harus meminta do’a kepada kalian”. Mendengar perkataan Uwais, Khalifah berkata: “Kami datang ke sini untuk mohon do’a danistighfar dari anda”. Karena desakan kedua sahabat ini, Uwais al-Qorniakhirnya mengangkat kedua tangannya, berdo’a dan membacakan istighfar. Setelah itu Khalifah Umar r.a. berjanji untuk menyumbangkan uang negara dari Baitul Mal kepada Uwais, untuk jaminan hidupnya. Segera saja Uwais menolak dengan halus dengan berkata : “Hamba mohon supayahari ini saja hamba diketahui orang. Untuk hari-hari selanjutnya, biarlah hamba yang fakir ini tidak diketahui orang lagi”. Setelah kejadian itu, nama Uwais kembali tenggelam tak terdengar beritanya. Tapi ada seorang lelaki pernah bertemu dan di tolong oleh Uwais , waktu itu kami sedang berada di atas kapal menuju tanah Arab bersama para pedagang, tanpa disangka-sangka angin topan berhembus dengan kencang. Akibatnya hempasan ombak menghantam kapal kami sehingga air laut masuk ke dalam kapal dan menyebabkan kapal semakin berat. Pada saat itu, kami melihat seorang laki-laki yang mengenakan selimut berbulu di pojok kapal yang kami tumpangi, lalu kami memanggilnya. Lelaki itu keluar dari kapal dan melakukan sholat di atas air. Betapa terkejutnya kami melihat kejadian itu. “Wahai waliyullah,” Tolonglah kami !” tetapi lelaki itu tidak menoleh. Lalu kami berseru lagi,” Demi Zat yang telah memberimu kekuatan beribadah,tolonglah kami!”Lelaki itu menoleh kepada kami dan berkata: “Apa yang terjadi ?” “Tidakkah engkau melihat bahwa kapal dihembus angin dan dihantam ombak ?”tanya kami. “Dekatkanlah diri kalian pada Allah !“katanya. “Kami telah melakukannya.” “Keluarlah kalian dari kapal dengan membaca bismillahirrohmaanirrohiim!” Kami pun keluar dari kapal satu persatu dan berkumpul di dekat itu. Pada saat itu jumlah kami lima ratus jiwa lebih. Sungguh ajaib, kami semua tidak tenggelam, sedangkan perahu kami berikut isinya tenggelam ke dasar laut. Lalu orang itu berkata pada kami ,”Tak apalah harta kalian menjadi korban asalkan kalian semua selamat”. “Demi Allah, kami ingin tahu, siapakah nama Tuan ? “Tanya kami. “Uwais al-Qorni”. Jawabnya dengan singkat. Kemudian kami berkata lagi kepadanya, “Sesungguhnya harta yang ada di kapal tersebut adalah milik orang-orang fakir di Madinah yang dikirim oleh orang Mesir.” “Jika Allah mengembalikan harta kalian. Apakah kalian akan membagi-bagikannya kepada orang-orang fakir di Madinah?” tanyanya.”Ya,”jawab kami. Orang itu pun melaksanakan sholat dua rakaat di atas air, lalu berdo’a. Setelah Uwais al-Qorni mengucap salam, tiba-tiba kapal itu muncul ke permukaan air, lalu kami menumpanginya dan meneruskan perjalanan. Setibanya di Madinah, kami membagi-bagikan seluruh harta kepada orang-orang fakir di Madinah, tidak satupun yang tertinggal. Beberapa waktu kemudian, tersiar kabar kalau Uwais al-Qorni telah pulang ke rahmatullah. Anehnya, pada saat dia akan dimandikan tiba-tiba sudah banyak orang yang berebutan untuk memandikannya. Dan ketika dibawa ke tempat pembaringan untuk dikafani, di sana sudah ada orang-orang yang menunggu untuk mengkafaninya. Demikian pula ketika orang pergi hendak menggali kuburnya. Di sana ternyata sudah ada orang-orang yang menggali kuburnya hingga selesai. Ketika usungan dibawa menuju ke pekuburan, luar biasa banyaknya orang yang berebutan untuk mengusungnya. Dan Syeikh Abdullah bin Salamah menjelaskan,“ketika aku ikut mengurusi jenazahnya hingga aku pulang dari mengantarkan jenazahnya, lalu aku bermaksud untuk kembali ke tempat penguburannya guna memberi tanda pada kuburannya, akan tetapi sudah tak terlihat ada bekas kuburannya. (Syeikh Abdullah bin Salamah adalah orang yang pernah ikut berperang bersama Uwais al-Qorni pada masapemerintahan sayyidina Umar r.a.) Meninggalnya Uwais al-Qorni telah menggemparkan masyarakat kota Yaman. Banyak terjadi hal-hal yang amat mengherankan. Sedemikian banyaknya orang yang tak dikenal berdatangan untuk mengurus jenazah dan pemakamannya, padahal Uwais adalah seorang fakir yang tak dihiraukan orang. Sejak ia dimandikan sampai ketika jenazahnya hendak diturunkan ke dalam kubur, di situ selalu ada orang-orang yang telah siap melaksanakannya terlebih dahulu. Penduduk kota Yaman tercengang. Mereka saling bertanya-tanya : “Siapakah sebenarnya engkau wahai Uwais al-Qorni ? Bukankah Uwais yang kita kenal, hanyalah seorang fakir yang tak memiliki apa-apa, yang kerjanya hanyalah sebagai penggembala domba dan unta ? Tapi, ketika hari wafatmu, engkau telah menggemparkan penduduk Yaman dengan hadirnya manusia-manusia asing yang tidak pernah kami kenal. Mereka datang dalam jumlah sedemikian banyaknya. Agaknya mereka adalah para malaikat yang di turunkan ke bumi, hanya untuk mengurus jenazah dan pemakamannya. Baru saat itulah penduduk Yaman mengetahuinya siapa “Uwais al-Qorni” ternyata ia tak terkenal di bumi tapi terkenal di langit."